Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Wednesday, October 18, 2017

5 SUMBER MINERAL SEMULAJADI UNTUK KULIT SIHAT




“Makin teruk pulak kulit muka aku ni. Jerawat makin banyak naik. Besar-besar pulak tu. Ish geram aja nak cubit-cubit jerawat ni. Macam mana lah nak kurangkan jerawat. Makan berpantang sampai kempunan nak makan sedap. Tak juga berkesan. Sesekali nak juga merasa kulit licin.”
Simptom seperti jerawat,radang kulit, ekzema dan kulit kering adalah tanda kulit anda menghadapi masalah.

Kekurangan Mineral Antara Punca Utama Kulit Bermasalah

Seperti mana pepatah “You are what you eat”, kulit pula digambarkan sebagai“mirror of the gut and mind”.
KEKURANGAN SUMBER MINERAL DAN ANTIOKSIDAN DALAM PEMAKANAN MENYEBABKAN KULIT HILANG SERI DAN KUSAM SECARA TAK LANGSUNG MENUNJUKKAN BAHAWA TERDAPAT MASALAH DALAM BADAN ANDA.
Ini kerana mineral seperti zink, sulfur dan silicamembantu membuang toksin dalam badan dan apabila kekurangan mineral ini maka toksin sukar dibuang.

 5 SUMBER MINERAL UNTUK KULIT SIHAT

Untuk mendapatkan kulit licin berseri dan dalam masa menambah kandungan mineral dalam badan, ini yang perlu anda ambil :-

9d28ddf233b6191292bd9e1c9a6a5a94

1) Zink

Membina kolagen baru dalam badan dan membuang kolagen yang sudah rosak menjadikannnya sumber nutrisi penting untuk mengelakkan daripada kulit berkedut dengan cepat, stretch mark, jerawat, kulit berpigmen, kulit tak sekata dan radang kulit.
Makanlah :-
  • Biji labu, biji bunga matahari dan bijan
  • Kacang seperti gajus, pecan, macadamia dan kacang pine
  • Seaweed
  • Buah kelapa
  • Sayur bayam dan spirulina
Foods-High-in-Sulfur

2) Sulfur

Membantu menyerikan kulit yang sudah kusam agar lebih kelihatan segar dan licin.
SULFUR BOLEH TERDAPAT DALAM SUMBER HAIWAN DAN JUGA TUMBUH-TUMBUHAN.
Makanlah:
  • Sayuran yang padat dengan kandungan nutrisi seperti kale dan selada air
  • Brokoli dan Brussel sprouts
  • Lobak merah
  • Protein seperti ikan salmon
  • Debunga Lebah
Antioxidants-Foods

3) Antioksidan

Kulit akan ‘tua’ dari waktunya jika anda kurang makan makanan yang mengandungi antioksidan dan oxidation seperti vitamin A, C dan E.
ANTIOKSIDAN JUGA ADALAH SUMBER UTAMA PENCEGAH KANSER SELAIN MENDAPATKAN KULIT LICIN.
Makanlah :
  • Vitamin A: lobak, bayam
  • Vitamin C: buah oren, grapefruit, kiwi, mangga, betik, nanas dan tembikai
  • Vitamin E: biji bunga matahari, almond dan avocado
  • Minum teh hijau satu hingga dua kali sekali
794b437ef00797f20282922c503e6e0b

4) Silika

Satu lagi sumber mineral yang perlu ada untuk membuat kulit anda gembira. Sumber mineral ini sering diambil ringan dan tidak menjadi perhatian.
KEBANYAKAN KES KULIT BERMASALAH, KUKU PECAH, RAMBUT GUGUR, ADALAH BERPUNCA DARIPADA KEKURANGAN SILIKA DALAM BADAN.
Makanlah:
  • Kacang hijau
  • Alfalfa
  • Oats
  • Timun
  • Cili benggala
  • Banyakkan minum air mineral
bfb883a4d726da265aadd5d604da7b14

5) Lemak Antiradang

Bukan semua lemak adalah lemak ‘jahat’ ya.
LEMAK ANTIRADANG INI TERMASUK DALAM LEMAK BAIK DAN BAGUS DIMAKAN OLEH SEMUA PERINGKAT UMUR.
Makanlah:
  • Avocado
  • Santan kelapa
  • Ikan kod, salmon dan talapia
  • Sup tulang
Cosmetic skin care for Men – Enhance your looks

Lakukan Ujikaji Ini

Cuba tekan perlahan kulit anda dengan jari. Jika ia tidak melantun semula, maknanya kulit anda kurang kolagen. Jika kulit muka nampak bengkak, maknanya kulit anda menghadapi masalah radang. Jika muka berjerawat, maknanya anda kurang sumber zink.
JADI, BANYAKKAN MAKAN SUMBER MINERAL DAN ANTIOKSIDAN JIKA INGIN DAPATKAN KULIT YANG LICIN DAN BERSERI.
Selamat tinggal kulit yang kusam!

https://lelakisihat.com/20167657/

5 MINUMAN CAIRKAN LEMAK YANG PERLU ANDA TAHU!



Sejak dulu hinggalah zaman sekarang, masalah obesiti atau kegemukan atau lemak berlebihan dalam badan adalah salah satu masalah yang sangat membimbangkan hampir setiap orang. Lemak yang berlebihan dalam tubuh badan merupakan salah satu punca kesihatan tubuh badan semakin menurun dan menyebabkan kita mudah terdedah kepada penyakit.
Lemak yang berlebihan cenderung untuk menyebabkan penyakit seperti obesiti dan masalah jantung. Oleh itu, sedikit sebanyak lemak yang berlebihan pasti membimbangkan tuan punya badan.
Memang ramai dikalangan kita yang mahu mencari cara cepat dan pantas untuk menghilangkan lemak badan berlebihan yang terkumpul.
Walaubagaimanapun, kini anda semua sudah boleh senyum dan tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat dan berkesan untuk kita menyelesaikan masalah lemak berlebihan ini.

Disini kami ingin berkongsi dengan anda satu minuman ajaib dan mujarab yang hanya mengambil masa singkat, cuma beberapa minit sahaja untuk menyiapkannya. Minuman ini terbukti sangat berkesan untuk mencairkan lemak berlebihan di dalam tubuh badan kita :-
  • 8 ½ cawan air yang ditapis
  • 1/2 timun yang dihiris nipis
  • 1/2 lemon yang dihiris nipis
  • 1 sudu teh halia parut (atau sesudu halia organik serbuk akar)
  • 12 helai daun pudina
Langkah-langkah dan cara penyediaan :-
  1. Mula-mula, campurkan semua bahan di atas dan gaulkan sehingga sebati.
  2. Keluarkan kepingan halia, lemon, dan daun pudina terlebih dahulu sebelum tuangkan minuman tersebut ke dalam gelas.
  3. Cadangan adalah supaya anda minum minuman ajaib ini untuk sepanjang hari.
  4. Sekiranya anda tidak dapat menghabiskan minuman itu pada hari yang sama, anda tak perlu risau sebab anda masih boleh simpan dan menyejukkannya selama 2 hari kegunaan.
  5. Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam tempoh masa 4 minggu, sebab ianya adalah selamat dan sangat menghidratkan.
Bagaimana minuman ini berfungsi mencairkan lemak dan mengapa ia begitu berkesan dengan pantas?
Semua bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minuman ini mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila dicampur dan digabungkan. Bahan-bahan ini mampu menghasilkan B.O.M. yang sihat dan kuat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan yang degil.
LEMON
  • Meskipun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila sudah diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaan beralkali.
  • Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik, asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah.
  • Darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) adalah sangat subur untuk sel-sel kanser dan bakteria yang boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang tidak diingini.
TIMUN
  • Timun adalah makanan berkalori rendah, bertindak sebagai diuretic, kaya dengan serat makanan dan membantu menjaga alkali badan
  • Timun juga adalah makanan yang sesuai untuk menurunkan berat badan kita.

ginger isolated on white backgrou

HALIA
  • Menurut kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia, apabila seseorang individu meminum minuman panas dengan halia, mereka akan berasa lebih kenyang dan mampu mengelakkan mereka makan makanan berlebihan.

AIR KOSONG
  • Air merupakan salah satu keperluan tubuh kita, menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, melancarkan penghadaman, meringankan sendi dan otot semasa senaman, dan minum air dengan kuantiti yang banyak dan mencukupi juga boleh membantu kita merasa cepat kenyang dan mengelakkan kita mengambil makanan berlebihan.

PUDINA
  • Pudina membantu untuk menahan selera makan kita. Anda mungkin tidak pernah terfikir sedemikina, tetapi sebenarnya pudina memang membantu sebagai bahan penahan selera dan rasa lapar.
  • Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar atau fresh malah dapat membendung atau mengurangkan rasa ketagihan untuk makan selalu.
Walaubagaimanapun, penjagaan diet makanan sangat penting dalam memastikan berat badan kita sentiasa ideal. Aktiviti senaman juga merupakan elemen penting dalam kehidupan yang sihat.

https://lelakisihat.com/20165340/

6 KHASIAT HERBA TRADISIONAL UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN


Kebanyakan wanita gemar mahu kelihatan cantik secara semulajadi. Disebabkan itu, mereka sering mencari produk-produk yang boleh mengembalikan kecantikan samada untuk wajah, rambut, iras jari, awet muda dan sebagainya. Malah ada yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkan kecantikan yang diingini.
Jangan terkejut kerana kebanyakan produk kecantikan mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan. Di samping itu, ia juga mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada kulit. Persoalannya ialah apakah cara paling mudah dan selamat untuk memiliki kulit cantik dan berseri?
Jawapannya ada di dalam herba-herba tradisional. Walaupun generasi kini kurang peka dengan khasiat herba- herba tradisional, namun ianya telah digunakan sejak dulu lagi. Orang-orang tua dahulu sememangnya menggunakan herba-herba tradisional untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan.
Sebenarnya, khasiat dari herba-herba tradisional seperti halia bara, lengkuas dan buah pala mudah didapati. Ia bukan sahaja digunakan sebagai bahan di dalam masakan tetapi juga dijadikan merupakan bahan asas untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan serta mencegah jangkitan penyakit.
Herba-herba tradisional seperti halia bara, serai, limau purut, lengkuas, dan avokado pula sudah diakui setanding dengan perubatan moden. Berikut disenaraikan 6 khasiat herba yang baik untuk kecantikan dan kesihatan anda.
1. Lengkuas
lengkuas
Lengkuas baik untuk membantu membersihkan darah, mencairkan kahak, melegakan otot dan penting untuk membuatkan badan cergas dan bertenaga.
2. Limau Purut
Limau
Limau purut pula mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu juga, limau purut juga dapat membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa.
3. Serai
Serai
Serai dapat memperbaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh badan. Ia berkesan untuk menurunkan berat badan, membuang lemak, dan memperbaiki salur darah yang rosak serta kembang semasa proses bersalin bagi wanita yang baru melahirkan anak. Ia juga baik untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.
4. Halia
Halia
Ianya bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan.
5. Avokado
Avokado
Menurut kajian yang dilakukan di Wesley Medical Centre, Brisbane, avokado bukan sahaja mengandungi kandungan gula yang rendah tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K. Selain itu ia juga mengandungi antioksidan untuk mengelak daripada penyakit radang sendi. Kandungan asid foliknya pula dapat membantu mengelakkan serangan sakit jantung dan kanser.
Avokado juga bertindak sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyakit lenguh-lenguh tulang.
6. Daun Bidara
Daun Bidara
Daun bidara adalah salah satu herba tradisional yang sudah digunakan sejak zaman berzaman. Ramai yang menggunakannya untuk mendapatkan khasiat daun bidara yang baik untuk kebersihan diri dan pengubatan. Ia bertindak sebagai agen pembersih semulajadi seperti sabun yang boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kulit. Malah ia juga boleh merawat masalah jerawat.
https://lelakisihat.com/20163115/

Wednesday, July 13, 2016

8 Makanan Berkesan Buang Toksin Dari Tubuh

Makanan yang masuk ke dalam tubuh kita hari ini tak dinafikan banyak mengandungi bahan kimia. Ditambah pula dengan pencemaran udara dan juga pengambilan ubat-ubatan menyebabkan tubuh penuh dengan toksin atau racun.

Jadi adalah penting untuk kita mengeluarkan semua toksin ini bagi memastikan tubuh sihat dan bebas dari penyakit.

Antara proses yang biasa dilakukan untuk mengeluarkan toksin ini adalah detoks. Paling sinonim dengan kita adalah air detoks terutamanyanya air lemon.

Perlu diketahui detoksifikasi tidak memerlukan proses yang rumit, selain air detoks tadi anda juga boleh melakukannya dengan mengamalkan makanan tepat yang mampu membantu membersihkan racun dan ‘sampah’ di dalam tubuh.



8 MAKANAN BUANG TOKSIN DARI TUBUH

Berikut adalah makanan detoks yang boleh anda amalkan.

1. Avokado

avocado-on-a-wooden-table

Memang harganya akan mahal tapi berbaloi kerana ia kaya antioksidan. Salah satu unsur antioksidan yang terkandung di dalamnya adalah glutathione.

Ia akan membersihkan tubuh dengan cara mengeluarkan unsur yang beracun dari tubuh menjadikan tubuh rasa lebih sihat dan segar.

2. Cranberry

Cranberries2

Buah ini baik untuk mencegah jangkitan saluran kencing dan menyingkirkan racun yang mendap selain bersifat antibakteria.

3. Kubis

image (3)

Menurut Food Fermentation Laboratory, U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service, North Carolina State University, kubis sarat dengan unsur sulfur yang penting untuk membantu menyingkirkan racun dalam makanan dan ubat-ubatan yang masuk ke dalam tubuh.

4. Lemon

lots-of-lemons

Lemon sudah diketahui ramai buah kaya dengan khasiat. Ia mengandungi banyak vitamin C dan antioksidan yang dapat melindungi hati dan membersihkannya dari toksin.

5. Brokoli

Broccoli1

Jika anda tidak suka brokoli, seharusnya anda belajar menyukai sayur ini. Brokoli mempunyai enzim yang dapat membantu  sistem pencernaan tubuh bekerja dengan efisien.

Brokoli mentah adalah yang terbaik kerana  nutrisi di dalamnya masih penuh, belum terjejas akibat proses pemanasan.

6. Bawang Putih

kebaikan-2Bbawang-2Bputih

Seperti kubis, bawang putih juga kaya akan sulfur untuk membersihkan tubuh dari dalam. Bawang putih juga memiliki sifat antibiotik yang membantu memulihkan radang.

Ada banyak kelebihan dari kesihatan jika mengamalkan bawang putih secara teratur. Kini di pasaran sudah ada suplemen bawang putih. Tapi bawang putih segar tetaplah yang terbaik.

7. Limau

limau

Dalam catatan Journal of Agricultural and Food Chemistry tahun 2013, buah limau ini dapat membantu membersihkan sistem pencernaan dan mencegah pembentukan batu ginjal. Ia juga rendah kalori yang baik untuk diet.

8. Biji Bunga Matahari

Manfaat-Biji-Bunga-Matahari-Untuk-Kesehatan

Jika mahu makan jajan, ambil yang ini. Ia menolong proses detoks pada bahagian hati. Selain mencegah penumpukan kolesterol yang membahayakan jantung dan pembuluh darah.

Semua makanan ini terdiri dari sayur dan buah, jadi tak tiada kesan sampingan melainkan ia menambah baik kesihatan anda.

http://www.lelakisihat.com/8-makanan-berkesan-buang-toksin-dari-tubuh/

13 Makanan Tinggi Serat yang Mungkin Anda Tak Tahu

🔰Mungkin ramai yang tahu fungsi serat pada tubuh badan adalah untuk proses pencernaan. Tapi tahukah anda, ada pelbagai lagi fungsi serat ini? Berikut adalah di antaranya:

🍀 Memanjangkan usia: dalam satu kajian pakar pemakanan menunjukkan orang yang mengamalkan pengambilan serat secara konsisten iaitu 38 gram sehari dapat hidup 9 tahun lebih lama berbanding yang tidak mengamalkannya.

🍀 Menurunkan kolestrol: serat larut berperanan penting untuk menurunkan kadar kolestrol jahat yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular.

🍀 Mencegah diabetes: diet berserat tinggi mampu melambatkan penyerapan gula dalam kadar darah yang dapat mencegah diabetes atau kencing manis.

🍀 Mencegah serangan jantung: Kajian yang dilakukan juga menunjukkan pengambilan serat secara kerap boleh mencegah penyakit jantung serta menurunkan kadar darah.

🍀 Menurunkan berat badan: makan serat boleh kurus? Ya. Ini kerana makanan yang mengandungi serat cenderung memberi kesan kenyang dalam tempoh yang lama dan mengelakkan anda makan secara kerap.

🍀 Serat paling banyak ditemui dalam sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirn. Yang paling ramai tahu ialah oat dan juga roti serat.. Tapi mungkin ramai tak tahu ada di antara makanan yang kita ambil dalam seharian lebih tinggi kandungan seratnya.

Contohnya makanan tersebut adalah:

1. Lintel

Jumlah serat: 15.6 gram untuk setiap cawan.

brown_lentil_16x9

2. Kacang hitam

Jumlah serat: 15 gram untuk setiap cawan.

black-beans-main

3. Kacang polong

Jumlah serat: 13.5 untuk setiap cawan, dikukus.

488319122_XS

4. Kacang pis

Jumlah serat: 8.8 gram untuk setiap cawan.

set of vegetable fruits isolated on white background

5. Brokoli

Jumlah serat: 5.1 gram untuk setiap hidangan, direbus.

two-heads-of-broccoli

6. Pucuk Brussel

Jumlah serat: 4.1 gram untuk setiap hidangan, direbus.

close-up of fresh brussels sprout, isolated

7. Rasberi

Jumlah serat: 8 gram untuk setiap hidangan, dimakan mentah.

168999_raspberry_663_498

8. Blackberries

Jumlah serat: 7.6 gram untuk setiap hidangan, dimakan mentah.

Blackberries

9. Avokado

Jumlah serat: 6.7 gram untuk potongan setengah, dimakan mentah.

avocado-on-a-wooden-table

10. Buah pear

Jumlah serat: 5.5 gram untuk sebiji bersaiz medium, dimakan mentah.

Pears

11. Pasta gandum

Jumlah serat: 6.3 untuk setiap hidangan kecil, dimasak.

Pasta

12. Barli yang diawet

Jumlah serat: 6 gram untuk setiap hidangan, dimasak.

pearl-barley-cereal-grain-raw-food-wheat_p



13. Oat

Jumlah serat: 4 gram untuk setiap sudu, dimasak.

http://www.lelakisihat.com/13-makanan-tinggi-serat-yang-mungkin-anda-tak-tahu/

Thursday, March 31, 2016

Resipi Air Detox Untuk Kurangkan Berat Badan

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk ke dalam badan kita dalam jangka masa yang lama

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak dan bahan buangan dari tubuh badan manusia. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar

Ramai antara kita yang inginkan tubuh badan yang sihat di samping mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Jalan pintas adalah dengan memakan bahan-bahan atau pil yang di katakan mampu mendetox, membuang lemak dan menguruskan tubuh badan tanpa kita fikirkan kesan sampingan yang bakal kita hadapi kemudian hari.

Bagi mereka yang berkemampuan pula mengambil pendekatan mudah dengan mengunjungi pusat perampingan badan. Sedar-tak sedar, kita telah mengeluarkan belanja yang besar semata-mata ingin mendapatkan bentuk tubuh yang kita inginkan.

Tahukah anda, bahawa anda sendiri boleh melakukan proses mendetox atau menyingkirkan bahan toksik, lemak atau bahan buangan dari tubuh anda.

Jom belajar bagaimana untuk menyediakan minuman yang dapat melakukan proses detox pada tubuh kita. Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas di samping kita juga dapat berjimat kerana bahannya tidaklah terlalu mahal di samping ianya adalah dari bahan asli tanpa pengawet.

 Antara kebaikan Air Minuman Detox 

Mencuci dalaman perut dan usus
Menurunkan berat badan
Mengempiskan perut
Melegakan sakit tekak
Mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
Membuang toksin dalam badan
Mengurangkan masalah selsema

1. KIWI + STRAWBERI

Hiriskan dua biji Kiwi dan dua biji Strawberi. Masukkan ke dalam gelas besar  bersama air masak. Sejukkan di dalam peti semalaman.

Kiwi kaya dengan Vitamin A dan E yang sangat berkesan untuk melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin. Manakala Strawberi pula sangat baik untuk kulit


2. EPAL + KULIT KAYU MANIS


Hiris sebiji Epal dan masukkan ke dalam segelas air bersama sebatang Kayu Manis. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk. Gabungan Epal dan Kayu Manis ini boleh digunakan sebanyak empat kali.

Air Detox ini sangat membantu untuk meningkatkan metabolisma serta membakar lemak


3. STRAWBERI + TEMBIKAI


Potong kecil satu cawan strawberi dan dua cawan tembikai, kemudian masukkan ke dalam air masak satu jag. Boleh juga masukkan 4 helai daun pudina untuk lebih menyelerakan. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.

Air detox ini sangat kaya dengan Vitamin C. Ia sangat baik untuk mencantikkan kulit, membantu penghadaman serta meningkatkan sistem imun tubuh


4. LEMON + HALIA


Hiris dua biji Lemon nipis-nipis dan potong satu biji Halia bersaiz 2 inci kecil-kecil. Masukkan ke dalam jag bersama air, kemudian biarkan semalaman.

Air Detox Lemon Halia adalah antara minuman detox terbaik untuk menurunkan berat badan. Halia adalah penawar segala penyakit dan sangat berkesan untuk proses membuang toksin badan. Minuman ini berkesan untuk mengawal selera makan, meningkatkan metabolisma, mencuci darah serta membuang air yang menyebabkan gemuk air. Amalkan meminum air detox ini setiap hari, dan anda akan merasa perubahan berat badan anda.


5. LEMON + TIMUN


Potong sebiji timun batang kecil-kecil. Perahkan sebiji Lemon, kemudian masukkan semua bahan ke dalam jag bersama air masak. Simpan di dalam peti sejuk semalaman. Boleh juga masukkan hirisan lemon dan 4 helai daun pudina untuk lebih menyedapkan.
Timun membantu penghidratan dan penyingkiran toksin, dan Lemon baik untuk mengempiskan perut


6. LEMON


Perahkan setengah biji lemon ke dalam segelas air. Kacau air, dan sedia untuk diminum.
Air Detox Lemon paling senang dan cepat untuk disediakan. Kebaikan utama air minuman Lemon adalah seperti bau nafas yang menyegarkan, menyeimbangkan kandungan pH dalam badan, meningkatkan fungsi penghadaman, menguatkan sistem imun, membaiki kulit yang rosak, menyahtoksikan hati, mengawal selera makan, meningkatkan metabolisma serta mengempiskan perut.

Dah tahu resipi air detox, bolehlah korang cuba buat air detox homemade. Selain mudah dibuat, air detox juga sangat berkhasiat

SUMBER

Sunday, March 27, 2016

7 Punca jerawat dan cara mengatasinya

Anda salah seorang yang ada masalah jerawat teruk? Anda tidak berseorangan..Dah kenalpasti kenapa anda ada masalah jerawat? Memang banyak sebab kenapa jerawat boleh tumbuh..insyaaAllah, saya kongsikan mengenai masalah ini dan petua yang boleh membantu anda mengatasinya..

Fuhh..tension jugak kan bila ada jerawat walaupun ada sebijik jer macam ni..hilang keyakinan diri dibuatnya..

"1/5 orang daripada golongan umur 12-15 akan mengalami masalah jerawat. Dan ia membuat kan satu-satu nya masalah kulit yang amat sukar untuk di rawati. Jerawat terbentuk dalam liang kulit seseorang. Liang adalah pembukaan di muka kulit, di mana rambut yang sangat halus selalu tumbuh. Kemudian kelenjar minyak disambungkan ke liang untuk menghasilkan bahan yang dipanggil sebum. Sebum pula benda yang melincirkan rambut dan kulit itu."

SUMBER

Sebelum saya bagi petua yang saya janjikan, kita cek dulu apa punca sebenar jerawat ni..

Punca Masalah Jerawat

1. Masalah hormon

Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan

Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian

Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.

Dah tau puncanya, kan? So, kalau boleh elak, kita elakkan. Kalau dah ada jerawat, bagaimana pula cara nak mengatasinya atau menghilangkan jerawat dengan berkesan?

Cara menghilangkan jerawat

Himpunan Petua Hilangkan Jerawat(Secara tradisional)
Sumber: PetuaTradisional.com

1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri.

2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.

3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

4. Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

5. Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

6. Bersihkan muka sehingga bersih. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

7. Sediakan campuran air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esok paginya ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah dibasuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

8. Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

9. Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.

10. Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air. Tempek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.

11. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

12. Rendam beberapa keping asam gelugur (asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.

13. Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung danminyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.

14. Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.

15. Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

Saturday, March 26, 2016

Awasi “Strok Haba” di Musim Panas

Fuhh! Panas liplap liplap weh! Ramai yang sedar semenjak beberapa minggu yang lepas, negara kita agak panas seperti biasa. Kalau duduk di dalam rumah, kipas yang paling laju pun tidak dapat meredakan panas, terpaksa menggunakan pendingin hawa.

Bukan sahaja di siang hari, malah ada yang tidur dalam keadaan berpeluh di waktu malam. Ini berikutan cuaca yang agak panas dengan matahari yang terik di siang hari, serta taburan hujan yang agak kurang. Justeru, di musim panas ini, anda perlu awasi daripada terkena strok haba!

Heat Stroke atau strok haba ialah peningkatan suhu badan dengan mendadak, mungkin kerana terdedah dalam keadaan panasa dengan terlalu lama atau badan kita sendiri tidak dapat menerima suhu semasa walaupun sekejap.

Ia bukan suatu gejala yang main-main. Strok haba boleh menyebabkan kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) dan ketinggian suhu badan melampau (hyperthermia) sehingga mengganggu fungsi sistem saraf dan organ.

Berikut merupakan simtom-simtom awal anda terkena strok haba:

Kerap sakit kepala. Anda kerap sakit kepala padahal sebelum ini tidak jarang untuk terkena sakit kepala.

Mudah hilang fokus. Apabila buat sesuatu kerja, anda mudah hilang fokus, seolah-olah mengelamun.

Kulit kering dan kemerah-merahan. Kulit muka mengering dan mengelupas. Warna kulit kemerah-merahan seperti terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama

Nadi berdenyut laju. Semak nadi anda dengan tekan di pergelangan tangan samaada laju atau normal.

Badan tidak berpeluh. Badan terasa panas lebih daripada biasa tetapi tidak berpeluh.

Badan lesu dan kerap pengsan. Kerap rasa letih dan mengantuk sehingga ada beberapa penghidap yang mudah pengsan apabila dalam keadaan panas.

Tekanan darah rendah. Tekanan darah renda menyebabkan anda mudah pening, lesu dan pengsan

Suhu badan melebihi 39c. Suhu badan normal adalah di antara 36c hingga 37c. Jika melepasi 39c, itu menandakan demam dan panas.

Lidah menjadi bengkak. Anda boleh semak dengan melihat di cermin samaada lidah anda dalam keadaan normal atau membengkak.

Antara kumpulan berisiko terkena gejala ini ialah:

1. Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah

2. Penghidap masalah pernafasan dan jantung

3. Penghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

4. Orang dewasa, lebih-lebih lagi yang berumur 40 tahun ke atas adalah 10 kali ganda lebih berisiko

5. Memakai pakaian tebal dan ketat.

6. Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.

Jadi, jagalah kesihatan dalam keadaan cuaca kita yang sekarang. Amalkan minum air yang banyak serta selalu mandi untuk menstabilkan suhu badan.

SUMBER

Friday, March 25, 2016

13 Makanan Untuk Kesihatan Buah Pinggang

Apa yang anda makan akan mempengaruhi kesihatan anda. Mengekalkan berat yang sihat dan makan seimbang iaitu kurang garam akan membantu anda mengawal tekanan darah. Pesakit diabetes pula perlu diet yang ketat untuk mengawal paras gula dalam darah. Mengawal tekanan darah dan diabetes akan membantu mengurangkan penyakit buah pinggang.

1. Cili Benggala


1/2 cawan = 1 mg sodium, 88 mg potassium, 10 mg phosphorus
Cili benggala rendah potassium tetapi mempunyai rasa yang tinggi. Tetapi bukan itu sahaja penyebab ia baik untuk diet buah pinggang, sayur ini juga kaya dengan vitamin C dan A selain B6, asid folik dan serat. Sayur ini baik kerana ia mengandungi lycopene, sejenis antioksidan yang melindungi dari kanser tertentu.

2. Kobis Bulat


1/2 cawan = 6 mg sodium, 60 mg potassium, 9 mg phosphorus
Kobis bulat dibungkus bersama phytochemicals, sejenis bahan kimia berfungsi untuk melindungi makanan daripada rosak akibat radikal bebas. Phytochemicals juga boleh melindungi dan menghentikan perkembangan sel kanser dalam paru-paru, kolon, payudara, pundi kencing, prostat dan kanser ovari disamping meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Kobis bulat tinggi Vitamin K, Vitamin C dan Fiber selain kaya dengan Vitamin B dan Asid Folik.

3. Bunga Kobis


1/2 cawan = 9 mg sodium, 88 mg potassium, 20 mg phosphorus
Bunga kobis kaya dengan vitamin C dan sumber folate dan fiber yang bagus. Ia juga dilengkapi indoles, glucosinolates and thiocyanates – sebatian yang meneutralkan bahan bertoksin yang merosakkan mebran sel dan DNA

4. Bawang Putih


1 ulas = 1 mg sodium, 12 mg potassium, 4 mg phosphorus
Bawang putih membantu mengelak pembinaan plak pada gigi, merendahkan paras kolestrol dan mengurangkan inflamasi.

5. Bawang


1/2 cawan = 3 mg sodium, 116 mg potassium, 3 mg phosphorus
Bawang merupakan sebahagian daripada keluarga alium  dan perasa asas dalam kebanyakan masakan mengandungi unsur sulfur yang memberi bau yang menusuk. Bawang kaya dengan flavonoid terutama quercetin yang merupaka antioksidan kuat yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan anti-kanser. Bawang rendah kandungan potassium dan merupakan sumber baik chromium iaitu mineral yang membantu memetabolismakan karbohidrat, lemak dan protein.

6. Epal


Sebiji epal (dengan kulit) = 0 sodium, 158 mg potassium, 10 mg phosphorus
Epal diketahui dapat menurunkan paras kolestrol, mengelakkan sembelit, melindungi daripada sakit jantung dan mengurangkan risiko kanser. Tinggi serat dan unsur anti inflamasi, sebiji epal sehari mungkin boleh mengurangkan kekerapan berjumpa doktor.

7. Kranberi


1/2 cawan  jus koktail = 3 mg sodium, 22 mg potassium, 3 mg phosphorus
1/4 cawan sos kranberi  = 35 mg sodium, 17 mg potassium, 6 mg phosphorus
1/2 cawan kranberi kering = 2 mg sodium, 24 mg potassium and 5 mg phosphorus
Buah beri yang masam dan lazat ini diketahui dapat melindungi daripada jangkitan pada hempedu dengan menghalang bakteria daripada melekat pada dinding hempedu. Dengan cara yang sama, kranberi juga melindungi dinding perut daripada bakteria punca ulser dan melindungi dinding usus dan menggalakkan usus yang sihat. Kranberi juga terbukti melindungi daripada kanser dan sakit jantung.

8. Beri Biru


1/2 cawan = 4 mg sodium, 65 mg potassium, 7 mg phosphorus
Beri biru adalah tinggi antioksidan fitonutrien yang dipanggil anthocyanidin, yang memberinya warna biru, dan ia kaya dengan unsur semulajadi yang mengurangkan inflamasi. Beri biru merupakan sumber baik vitamin C, mineral mangan yang memastikan tulang yang sihat; dan serat yang juga membantu melindungi otak daripada kesan penuaan. Antioksidan didalam beri biru dan beri yang lain terbukti membantu memperlahankan kadar kerapuhan tulang bagi individu yang rendah tahap estrogen.

9. Rasberi


 1/2 cawan = 0 mg sodium, 93 mg potassium, 7 mg phosphorus
Rasberi mengandungi fitonutrien yang dipanggil asid elagik yang membantu meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh untuk mengelakkan kerosakan sel. Ia juga mengandungi  flavonoid yang dipanggil anthocyanins, antioksidan yang memberikannya warna merah. Sumber terbaik mineral mangan, vitamin C, serat dan folat, vitamin B, rasberi mungkin mempunyai kandungan yang menghalang pertumbuhan sel kanser dan pembentukan tumor.

10. Strawberi


1/2 cawan (5 biji) = 1 mg sodium, 120 mg potassium, 13 mg phosphorus
Strawberi kaya dengan dua jenis poliphenol  anthocyanins dan ellagitannins. Anthocyanins memberi warna merah pada strawberi dan antioksidan kuatyang membantu melindungi struktur sel tubuh dan mengelakkan kerosakan oksidatif. Strawberi merupakan sumber terbaik vitamin C, serat dan mineral mangan. Ianya diketahui dapat melindungi hati juga sebagai anti kanser dan komponen anti inflamasi.

11. Ceri


1/2 cawan = 0 mg sodium, 160 mg potassium, 15 mg phosphorus
Ceri terbukti mengurangkan inflamasi jika diambil setiap hari. Ia juga dilengkapi dengan antioksidan dan fitokimia yang melindungi hati.

12. Telur Putih


2biji (putih sahaja) = 7 grams protein, 110 mg sodium, 108 mg potassium, 10 mg phosphorus
Putih telur adalah protein tulen dan ia menyediakan sumber protein berkualiti tinggi yang lengkap dengan kesemua asid amino yang diperlukan. Untuk diet buah pinggang, putih telur membekalkan protein dengan nilai phosphorus yang rendah berbanding sumber protein lain seperti kuning telur atau daging.

13. Minyak Zaitun


1 sudu = kurang 1 mg sodium, kurang 1 mg potassium, 0 mg phosphorus
Minyak zaitun merupakan salah satu sumber terbaik asid oleik, sejenis lemak asid bersifat anti-inflamasi. Lemak tunggal tak tepu di dalam minyak zaitun melindungi tubuh dari proses oksidasi. Kajian menunjukkan populasi yang menggunakan minyak zaitun dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding minyak sawit menunjukkan kadar penyakit jantung dan kanser yang lebih rendah.

SUMBER

6 Khasiat Air Kelapa Muda



Air kelapa bukan sekadar minuman yang menyegarkan, tetapi banyak mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh. Antaranya kalsium, potassium, magnesium, tembaga, besi, zink, vitamin B dan C serta ‘phyto-nutrisi’ seperti ‘sitokin’ yang dianggap memiliki efek anti penuaan dan anti kanser.

Manfaat air kelapa sangatlah banyak, untuk kesihatan dan juga kecantikan.

1. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN


Minuman sihat ini tidak mengandungi bahan kimia. Air kelapa ‘rendah gula’ yang membuatkannya menjadi minuman berzat bagi pesakit jantung dan diabetis. Selain itu, ia turut membantu menurunkan berat badan. Kandungan gula dan kalori yang rendah serta rendah lemak membuatkan air kelapa sangat sesuai buat anda yang sedang berdiet.

2. MINUMAN TENAGA


Air kelapa adalah minuman energi dengan enzim bioaktif yang meningkatkan metabolism serta menghilangkan rasa penat tubuh. Air kelapa juga bagus buat sistem penghadaman seperti membersihkan racun dalam tubuh.


3. BANTU KURANGKAN RASA ‘MABUK’



Selain itu, air kelapa juga adalah ubat semulajadi untuk menyembuhkan rasa ‘mabuk’ dan infeksi air kencing. Jika anda jenis kuat ‘mabuk’ atau mual ketika naik kenderaan, tak kira pengangkutan darat, laut dan udara, air kelapa mampu mengatasi masalah tersebut.


4. MINUMAN ISOTONIK SEMULAJADI


Air kelapa juga dikenali sebagai minuman isotonik kerana merehidrasikan tubuh. Elok dinikmati ketika bersenam kerana mengandungi elektrolit yang sama dengan elektrolit tubuh, sehingga boleh merehidrasi tubuh dan mengganti cecair setelah bersenam atau melakukan aktiviti berat.


5. CEGAH KEROSAKAN RAMBUT & UBAN



Air kelapa juga dapat membantu mencegah kerosakan pada rambut kerana khasiat airnya melancarkan perjalanan darah dalam tubuh. Untuk mencegah uban, anda hanya perlu larutkan garam dalam air kelapa muda dan gunakannya sewaktu mencuci rambut. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilaslah


6. BAIK UNTUK KULIT


Air kelapa juga dapat membersihkan kulit berjerawat dan membantu mendapatkan kulit yang mulus serta mencegah kerutan pada wajah.


Untuk menikmati air kelapa, anda boleh meminumnya secara terus.  Untuk rasa sensasi yang lebih menyegarkan tambahkan ais atau anda juga boleh memberikan rasa tambahan dengan meletakkan hirisan lemon ataupun mint.

Fuh, nikmat!

SUMBER