Showing posts with label Jom Fitness. Show all posts
Showing posts with label Jom Fitness. Show all posts

Sunday, October 30, 2016

KHASIAT TEH KEPADA KESIHATAN BADAN

1. Teh Untuk Melarutkan Lemak
Kandungan essential oil yang terdapat pada teh dpt memberikan manfaat untuk melarutkan lemak dan melancarkan pencernaan.

2. Menurunkan Berat Badan
Berkaitan berat badan, kajian pada tahun 2011 di Journal Obesity mendapati bahawa tikus yang diberikan diet tinggi lemak dan diberikan khasiat yang terdapat pada teh hijau memiliki penambahan berat badan yang lebih lambat berbanding pada tikus yang tidak mendapat khasiat tersebut

3. Mengurangkan resiko penyakit jantung dan stroke
Kandungan polifenol pada teh dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dan tekanan gula dalam darah, yang merupakan salah satu penyebab penyakit jantung dan stroke.Gumpalan darah akan terbentuk dari kolesterol dalam jumlah yang besar akan menyebabkan serangan jantung dan stroke. Kandungan flavonoid quercetin, kaempferol, dan myricetin pada teh dapat menurunkan tekanan darah dan pengerasan arteri.

4. Melindungi Tulang
Kaji selidik dgn membandingkan antara mereka yg meminum teh dengan yg tidak, mendapati bahawa orang yang minum teh selama 10 tahun atau lebih memiliki tulang kuat.Pengkaji berpendapat bahawa kandungan phytochemical merupakan zat yang dapat membantu melindungi tulang ini.

5. Mencegah Diabetes
Kajian yang dilakukan pada tahun 2010 mendapati bahawa kafein dalam teh dapat membantu dalam mengurangkan risiko terkena diabetes.

Sunday, October 23, 2016

TANDA ANDA KEKURANGAN AIR DALAM BADAN




➡Letih dan kurang tumpuan- terutama bagi tubuh yang mengandungi toksin kerana kekurangan air untuk mengeluarkannya.
➡Pening - Salah satu fungsi air adalah membuang toksin dari tubuh manakala otak manusia mengandungi 75 peratus air. Oleh itu, walaupun mengalami kekurangan air sedikit, ia berpotensi menyebabkan pening.
➡Sembelit - Air mampu melembutkan sesuatu yang pejal. Oleh itu najis yang keras boleh dilawaskan apabila air diminum secukupnya.
➡Air kencing kotor - Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari kerana ia adalah penapis bahan buangan dari darah. Tanpa air, pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor.
➡Mulut berbau - Cecair tidak mencukupi di dalam mulut untuk membersihkan sisa makanan berisiko membiarkan bakteria di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau busuk.
➡Mulut kering - Situasi ini kerap berlaku apabila kurang minum kerana air liur adalah pelincir mulut. Penyahhidratan hanya mengurangkan jumlah air liur.

Sunday, October 16, 2016

KHASIAT BUAH TEMBIKAI YANG WAJIB ANDA TAHU



Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

➡Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

➡Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

➡Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.

➡Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

Sunday, October 9, 2016

MAKANAN TAK SEIMBANG PUNCA KANSER USUS

Badan kita memerlukan makanan yang seimbang untuk beroperasi dengan baik.Tetapi pada zaman sekarang, terlalu banyak makanan yang tak sihat ada. Makanan segera, bahan pengawet, garam berlebihan, pewarna, lemak berlebihan, makanan dalam tin dan lain-lain. Badan kita memerlukan makanan seimbang dan sihat kerana sel kita memerlukannya. Bila sel dapat makanan yang tak sihat, sel akan meradang dan mula rosak. Bila sel rosak, sel terdedah kepada radikal bebas. Sel yang rosak boleh menyebabkan pengaktifan sel-sel kanser dalam badan. Amalan makan makanan seimbang dapat mencegah penyakit-penyakit merbahaya, dan membantu mengawal berat badan. Usus juga menjadi kotor dan pencernaan tak berlaku dengan baik. Berpotensi juga untuk menghidap kanser usus. So, marilah kita sama-sama amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat kerana weight management yang berkesan adalah 80 peratus dari pemakanan dan 20 peratus lagi daripada senaman. Pokoknya pemakanan sangat penting kerana memberi kesan sbyk 80 peratus daripada kesihatan.

Sunday, October 2, 2016

KENAPA AIR PENTING KPD TUBUH MANUSIA

Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?
Otak kita mengandungi 90% air.Selalunya mereka yg byk meminum air masak akan lebih cerdas.Tapi kena ya?

.

➡Otot kita 75% air
➡Tulang kita 22% air
➡Darah kita 83% air
➡Air menstabilkan suhu badan
➡Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
➡Air melembabkan udara dalam paru-paru
➡Air meningkatkan kadar metabolisma!
➡Air melindungi organ-organ
➡Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
➡Air melindungi dan melembabkan rawan

.

Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air??

Sunday, September 25, 2016

KEPENTINGAN ZAT BESI UTK WANITA MENGANDUNG


KEPENTINGAN ZAT BESI UTK WANITA MENGANDUNG
==============================================

Wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup. Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Sunday, September 18, 2016

KEPENTINGAN HORMON TESTOSTERONE KPD LELAKI!!

KEPENTINGAN HORMON TESTOSTERONE KPD LELAKI!!
================================================

Fungsi hormon testosterone untuk badan kita terutamanya buat lelaki. Testosterone dapat menjaga kesihatan minda kita kerana hormon ini dapat mengurangkan tekanan yang kita alami dari kerja kerja harian kita. Ia juga menjaga kesihatan badan dan meningkatkan tahap kecergasan badan kita.

Kunci utama dalam pembentukan dan kematangan lelaki ialah hormon testosterone. Ia mengawal kadar kesuburan dan pembesaran tulang yang menjadi tunjang utama badan. Ia juga adalah faktor utama yang diperlukan supaya otot kita naik/bina dengan cepat. Lelaki yang matang mempunyai ciri ciri seperti anak tekak, suara kasar, tumbuh misai dan bulu bulu badan, dan yang utama badan lelaki lebih banyak otot berbanding perempuan dan semua ini adalah disebabkan oleh hormon lelaki iaitu hormon testosterone. Semakin byk hormon tersebut terhasil dalam badan, semakin matang badan kita dan badan yg matang akan kelihatan lebih muscular!

Secara keseluruhannya, hormon testosterone adalah penting utk kita terutama buat lelaki. Proses penjanaan Hormon ini akan menjadi perlahan setelah kita berumur 21-24 tahun dan semakin pelahan apabila umur kita meningkat. Cara terbaik utk memangkin kan pengeluaran hormon testosterone ini adalah dengan menggunakan ubat ubatan berasaskan Herba Semulajadi yang mana tanpa side effect 

Sunday, September 11, 2016

INFO PENTING UNTUK MEREKA YANG TENGAH DIET!!


INFO PENTING UNTUK MEREKA YANG TENGAH DIET!!
===============================================

1. Makanan kekacang 
Endamame dan tauhu adalah contoh makanan protien yg sihat ia membantu meningkatkan metabolisma dan menurunkan peratusan lemak.

2.Cuka Epal
Ia menggunakan Acid untuk membantu badan anda memecahkan lemak yang berlebihan.

3.Telur
Telur juga merupakan sumber protien seimbang yang sangat baik untuk membantu anda membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot semasa anda kehilangan berat badan.

4.Cili
Lagi pedas Cili itu Lagi bagus kesannya. Ia merupakan makanan pembakar lemak yang boleh meningkatkan metabolisma Dan membantu membakar kalori.

5.Daging yang tidak berlemak
Lemak pada daging itik dan ayam mesti dibuang, contohnya membuang dahulu kulit pada daging sebelum dimasak. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak kerana tubuh anda menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna. Pastikan anda sentiasa memilih dada ayam tanpa kulit untuk hasil yang terbaik.

6.Buah-buahan jenis limau
Buah-buahan jenis limau terbukti membantu meningkatkan tahap insulin dalam badan. Ia juga membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren mengandungi serat,rendah kalori dan kadar air yang tinggi membantu mengurangkan berat badan anda.

7.Sayur-sayuran dan Buah-buahan yang sihat
Pengambilan sayur dan buah-buahan adalah penting dalam pola pemakanan sihat. Ini adlah penting dalam pola pemakanan sihat. Ini kerana buah dan sayur mengandungi pelbagai zat galian, vitamin dan serat yang amat diperlukan badan. Selain itu ia juga bebas kolestrol serta mempuyai kandungan lemak dan kalori yang mudah. Minum banyak air juga boleh membantu membakar lemak dan menurunkan BMI anda.

Sunday, September 4, 2016

TIPS BINA OTOT


Tips utk bina otot harini 
1) Pastikan calorie intake korang ditambah. Jika sebelum ini korang mengambil 2000kcal setiap hari, tambah sehingga menjadi 2500kcal. Kalau tak mampu nak makan dengan jumlah yang banyak, belilah supplement. Separate your meal kepada 5-6 times a day. Drink a lot of plain water!! Badan kita perlukan air yang cukup untuk membina otot dengan kadar maksimum. Avoid processed food (makanan yang dikeluarkan oleh kilang, contohnya keropok, megi dan lain2) kalau boleh. Cara pemakanan korang sangat penting, sebab tanpa diet yang betul, memang susah untuk mendapat badan yang korang idam-idamkan.

2) Langkah kedua ialah working out. Kalau korang ialah beginner, focus kepada compound movement exercises such as deadlift, bench press dan squat. Jangan lupa untuk warm up pada awal sesi senaman. Bersenam dengan rakan mampu menaikkan semangat korang. Pergi gymnasium kalau rumah korang tiada Dumbbell atau Barbell. Kalau tak ada duit, lakukan senaman Calisthenics (senaman yang menggunakan bodyweight anda sahaja.). Bersenam 3-5 kali seminggu.Lakukan workout dalam masa 45 minit sahaja untuk prestasi optimum.

3) Ok, apa langkah ketiga? KONSISTEN.Meaning jangan quit separuh jalan kalau nak berjaya. Memang proses membina badan ini sangat susah dan memakan masa yang panjang, oleh itu kalau korang give up, memang sampai bila-bila pn susah nak berjaya. Letakkan target yang inging dicapai supaya mudah la untuk korang focus semasa senaman.

Sunday, August 28, 2016

KANDUNGAN MEE SEGERA YANG SANGAT BAHAYA



Admin tau mesti ada antara korang yang selalu mkn mee segera kn? lagi2 student sbb nak jimat duit.Yes mee segera mmg murah dan senang dimasak hnya perlu bancuh dgn air panas sahaja,tetapi disebalik rasa yg sedap tu tahu tk korang terselit berbagai racun yang membahayakn diri korang?? jum kita tgk sedikit sebanyak kandungan dalam mee segera dibawah :-
1.Kalsium oksida = digunakan dalam racun serangga
2.Asid tartarik = digunakan dalam julap
3.Tartrazine = menjadikan kanak-kanak hiperaktif
4.Propyl gallate = menghalang pengeluaran sperma
5.Tertiary Butylhydroquinone = cecair dalam pemetik api
6.BHT = kesan berbahaya kepada ginjal
7.Pentasodium triphosphate = digunakan dalam bahan pencuci
So lepasni still nak mkn mee segera lepas dah tahu kandungannya? ðŸ˜‰ðŸ˜‰
SEMOGA BERMANFAAT!

Sunday, August 21, 2016

KHASIAT TIMUN YANG WAJIB KORANG TAHU


Timun merupakan sayur yang mudah ditanam dan diperoleh hampir di setiap kedai.Namun tahukah korang disebalik sayur bewarna hijau ini tersembunyi berbagai2 khasiat yang penting?? antara khasiat timun adalah seperti di bawah :-
1. Mengawal tekanan darah
2. Melawan kanser
3. Membantu menurunkan berat badan
4. Menguatkan sistem penghadaman
5. Mengurangkan sakit kepala
6. Mengurangkan kolestrol
7. Menyembuhkan kencing manis
So lepasni tiada alasan lagi utk tidak memakan timun lps dah tahu khasiatnya kn?
SEMOGA BERMANFAAT 

Sunday, August 14, 2016

Bagaimana nak tingkatkan metabolisma badan??




➡ Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali korang makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan korang cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).
➡ Angkat berat! Tahukah korang bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua orang yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat korang hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!
➡ Makanan pedas. Makanan pedas boleh membantu meningkatkan metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.
➡ Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa korang rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan maka bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah. Ambil secara sederhana saja.
➡ Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.

Sunday, August 7, 2016

PUNCA-PUNCA SEL OTAK MUSNAH!



So harini admin nak share sikit faktor atau punca yg menyebabkankan sel otak musnah kot2 mungkin salah satu faktor ni berkaitan dgn diri korang kan? jum kita baca ;-
1. Tutup kepala ketika tidur
Ini memberi kesan buruk kepada kemusnahan sel2 otak.
2. Menggunakan otak ketika sakit
Bekerja keras sewaktu sakit akan melemahkan fungsi otak malah boleh merosakkannya.
3. Terlebih tidur
Terlebih tidur akan menyebabkan sel otak mati
4. Terlalu panas
Suasana panas akan memberi kesan kepada arteri otak.
5. Tidak bersarapan pagi
Tanpa sarapan pagi,paras gula akan menjadi rendah dan otak kurang bertenaga.
6. Merokok
Penyebab utama mengecut secara berganda juga menjadi penyebab alzheimer.
7. Pencemaran udara
Otak memerlukan byk oksigen(udara bersih).Menyedut udara tercemar akan menurunkan kecekapan otak.
8. Kuranga ransang pemikiran
Berfikir merupakan cara terbaik utk melatih otak,kurang berfikir mendorong kpd pengecutan otak.
9. Kurang bercakap
Perbincangan secara intelek akan membangunkan penggunaan otak secara berkesan.
10. Pengambilan gula yg tinggi
Mengganggu penyerapan nutrien dan zat secara efektif dan membantutkan pembangunan otak dan minda

Sunday, July 31, 2016

KENAPA SUSAH NAIK BERAT BADAN??


Ada org yang inginkan berat badan ideal namun agak sukar utk mencapai impian tersebut.Harini admin cuba kongsi skit manatau faktor2 di bawah menjadi penyebab korang susah nak tambah berat badan kan ðŸ˜‰

➡ Kurang rehat. Terlalu kuat bekerja sampai terlupa nak makan.

➡Metabolisma terlalu tinggi. Kalori cepat terbakar sehingga tak sempat digunakan untuk badan.

➡Sistem pencernaan yang kurang baik. Usus kotor menyebabkan zat2 makanan susah nak diserap masuk kedalam badan.

➡Ketidakseimbangan pengambilan nutrisi. Kekurangan Protein, Karbohidrat Vitamin B, dan sebagainya.

➡ Kurang minum air kosong.

➡ Kurang pengambilan jumlah kalori yang mencukupi untuk badan.

➡Kurang senaman beban. 20% senaman, 80% pemakanan.

➡Stress dan gangguan emosi.

Sunday, July 24, 2016

NAK BAKAR LEMAK DAN STABILKAN KOLESTROL??



Berikut adalah 6 jenis makanan yang mampu membakar lemak, menstabilkan tahap kolesterol dan meningkatkan metabolisme sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan ‘ekstra’ yang tidak diingini dalam jangkamasa yang cepat.
1. Makan Oat Pada Waktu Sarapan Pagi 
Oat adalah sejenis bijirin, bukan sahaja rasanya yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar. Ia mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.Amat sesuai jika di makan pada waktu pagi sebagai sarapan.
2. Makan Putih Telur Sahaja
Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.
3. Makan Lada Atau Cili Api
Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.
4. Rahsia Buah Anggur
Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Buah ini bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi turut membawa khasiat yang dipanggil ‘pektin’, dikatakan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol seseorang.
5. Pentingkan Masakan Yang Ada Bawang Putih Dan Merah
Bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman serta meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.
6. Minum Teh Hijau
Pengambilan teh hijau secara kerap dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme seseorang dan seterusnya membantu membakar kalori dengan lebih banyak. Amalan minum teh hijau terbukti membantu sepertimana diamalkan oleh orang Cina sejak ratusan tahun dahulu.
SEMOGA BERMANFAAT!

Sunday, July 17, 2016

TIPS MEMBERSIHKAN PARU2 DALAM 3 HARI!



Nak paru2 kekal sihat? try follow tips dibawah :-
➡ Minum secawan teh herba atau teh cina sebelum tidur utk membuang toksik yg menyebabkan sembelit.
➡ Perahan lemon atau oren dalam 300ml air sebelum sarapan pagi bagi memperbaiki sistem pernafasan
➡ Minum 300ml jus lobak merah antara waktu sarapan dan makan tengah hari untuk mengalkali darah selama 3 hari pengambilan jus
➡ Minum 400ml jus yg kaya dengan potassium ketika waktu makan tengah hari yg memainkan peranan sbg agen pembersihan dan membantu meredakan tekanan darah
SELAMAT MENCUBA!

Sunday, July 10, 2016

KHASIAT KOKO YANG PERLU ANDA TAHU


Kaya dgn antioksidan
tinggi jumlah antioksidan flavonoid yg melambatkan proses penuaan
➡ Lemak yg sihat
mereka yg tinggi kandungan kolestrol dlm badan perlu menggunakan kelebihan yg ada pada kacang koko kerana lemak dalam koko dapat menurunkan kolestrol jahat dan menghalang dari pembentukan gumpalan lemak dalam saluran darah
➡ Menghilangkan stress
penghasilan hormon serotonin dan dopamine mampu menimbulkan perasaan gembira dan tenang serta menghilangkan stress dalam masa yg sama membaiki mood
➡ Otak yg cerdas
menguatkan ingatan, menambah konsentrasi dan minda menjadi cerdas
➡ Memulihkan tenaga
koko meningkatkan daya tahan badan.Mereka yg minum susu koko memiliki daya tahan yg tinggi berbanding yg meminum minuman isotonik
SEMOGA BERMANFAAT! ðŸ’ªðŸ’ªðŸ’ª

Sunday, July 3, 2016

4 TIPS MUDAH HILANGKAN TOKSIK DARI BADAN!



Tidak dinafikan tubuh badan kita mmg terdapat sistem tersendiri untuk menyingkirkan toksik dari badan.Namun, kadangkala kita perlukan inisiatif sendiri untuk mengeluarkan 'racun' tersebut.Dibawah terdapat beberapa cara yg admin kira bermanfaat untuk dilakukan  
1.Buang air secara teratur
Sekiranya anda kerap menahan diri dari ke tandas,semakin byk toksik yg terkumpul dalam badan.Try untuk membuang air samada kecil ataupun besar setiap hari bg melancarkan sistem pencernaan dan sistem metabolisme tubuh badan anda.
2.Pergi ke sauna
Ketika melakukan sauna,peluh yg byk akn keluar dari badan anda secara tidak lansung menyingkirkan toksik dari badan.Namun, selepas selesai perlu minum air kembali bagi menggantikan amaun air yg hilang dari badan.
3.Jangan merokok atau ambil minuman beralkohol
Kedua-dua tabiat ini amat berbahaya kepada tubuh badan yg mana merokok akan mendatangkan byk penyakit kpd anggota tubuh manakala minuman beralkohol akan merosakkan hati.
4.Minum air masak
Dengan meminum air putih anda akan melancarkan proses detox dalam tubuh.Selain itu dapat menyegarkan kulit dan membuat kulit kelihatan segar sentiasa.
SELAMAT MENCUBA!

Sunday, June 26, 2016

PERHATIAN UNTUK MEREKA YG SUKA MINUMAN BERGULA!

Banyak kajian yg membuktikan bahawa dgn mengambil minuman bergula akan menyebabkan kehadiran lemak di bahagian perut.Mari kita sama2 lihat puncanya :
➡ Hati hnya mampu 'metabolize' fructose yg trdapat dlm gula pada kadar tertentu sahaja.sekiranya terlalu byk fructose,ia akan ditukar menjadi lemak.
➡Consumption gula yg terlalu byk akan menyebabkan masalah terutama melibatkan hormon insulin.Tujuan insulin adlh utk mengawal kadar gula dalam darah yg dikeluarkn oleh pancreas disamping menggunakan gula sbg sumber tenaga kpd badan.Sel dalam badan memerlukan glucose utk tenaga tetapi glucose tidak boleh 'masuk' dalam kebanyakan sel dan disini hormon insulin memainkan peranan.Namun sekiranya terlalu byk jumlah glucose yg ada dlm badan menyebabkan sel2 berada dlm keadaan 'insulin resistance' dan pacreas akan cuba keluarkan hormon insulin pada kadar yg lebih tinggi.Ini menyebabkan kadar kandungan gula dalam badan menjadi tinggi seterusnya boleh menyebabkan diabetes.
➡Kajian juga menunjukkan bahawa minuman bergula terutama air gas berkait rapat dgn 60% masalah kegemukan yg terjadi dikalangan anak muda masa kini.
SOLUSI?
Cuba kurangkan kandungan gula dalam minuman harian.Utk mereka yg suka lepak di mamak try order teh tarik kurang manis sbg contoh.Mungkin sukar utk totally eliminate gula dlm kehidupan harian kita tetapi kita boleh start secara slow lama2 nnti dah terbiasa.Tukarkan minuman bergula kepada air masak sekiranya mampu 

Sunday, June 19, 2016

KENAPA PERLU TIDUR YG MENCUKUPI?

Bukan sengaja para saintis diluar sana buat kajian mengenai waktu dan jngka masa tidur yg efektif.So jum kita lihat proses yg berlaku dlm badan mengikut pecahan masa :
➡ 9PM-11PM
Masa utk proses penghapusan kimia berlaku(detox) dari sistem antibodi.
➡11PM-1AM
Proses detox dlm hati dan harus dilakukan dlm keadaan tidur yg amat lena.Jerawat mudah tumbuh di muka sekiranya tidur lewat dari waktu ini.
➡1AM-3AM
Proses detox dalam hempedu.Amat ideal jika dilakukan dalam keadaan tidur yg lena.
➡3AM-5AM
Detox dalam hempedu dn oleh sbb itu kadangkala akan batuk yg teruk bg mereka yg menghidap batuk pada waktu ini.Oleh kerana proses detox sudah smpai ke saluran pernafasan,tidak perlu ambil ubat batuk supaya tidak mengganggu proses detox tersebut.
➡5AM-7AM
Detox dalam kolon.Waktu ini harus membiarkan usus dlm keadaan kosong.
➡7AM-9AM
Penyerapan nutrien dalam usus kecil berlaku.Perlu bersarapan pagi sebelum waktu ini supaya penyerapan nutrien berlaku pada kadar maksimum kpd mereka yg sakit manakala 7.30am utk mereka yg sihat.Paling lewat utk bersarapan adalah dlm pkul 9-10am.