“Makin teruk pulak kulit muka aku ni. Jerawat makin banyak naik. Besar-besar pulak tu. Ish geram aja nak cubit-cubit jerawat ni. Macam mana lah nak kurangkan jerawat. Makan berpantang sampai kempunan nak makan sedap. Tak juga berkesan. Sesekali nak juga merasa kulit licin.”
Simptom seperti jerawat,radang kulit, ekzema dan kulit kering adalah tanda kulit anda menghadapi masalah.
Kekurangan Mineral Antara Punca Utama Kulit Bermasalah
Seperti mana pepatah “You are what you eat”, kulit pula digambarkan sebagai“mirror of the gut and mind”.
KEKURANGAN SUMBER MINERAL DAN ANTIOKSIDAN DALAM PEMAKANAN MENYEBABKAN KULIT HILANG SERI DAN KUSAM SECARA TAK LANGSUNG MENUNJUKKAN BAHAWA TERDAPAT MASALAH DALAM BADAN ANDA.
Ini kerana mineral seperti zink, sulfur dan silicamembantu membuang toksin dalam badan dan apabila kekurangan mineral ini maka toksin sukar dibuang.
5 SUMBER MINERAL UNTUK KULIT SIHAT
Untuk mendapatkan kulit licin berseri dan dalam masa menambah kandungan mineral dalam badan, ini yang perlu anda ambil :-
1) Zink
Membina kolagen baru dalam badan dan membuang kolagen yang sudah rosak menjadikannnya sumber nutrisi penting untuk mengelakkan daripada kulit berkedut dengan cepat, stretch mark, jerawat, kulit berpigmen, kulit tak sekata dan radang kulit.
Makanlah :-
- Biji labu, biji bunga matahari dan bijan
- Kacang seperti gajus, pecan, macadamia dan kacang pine
- Seaweed
- Buah kelapa
- Sayur bayam dan spirulina
2) Sulfur
Membantu menyerikan kulit yang sudah kusam agar lebih kelihatan segar dan licin.
SULFUR BOLEH TERDAPAT DALAM SUMBER HAIWAN DAN JUGA TUMBUH-TUMBUHAN.
Makanlah:
- Sayuran yang padat dengan kandungan nutrisi seperti kale dan selada air
- Brokoli dan Brussel sprouts
- Lobak merah
- Protein seperti ikan salmon
- Debunga Lebah
3) Antioksidan
Kulit akan ‘tua’ dari waktunya jika anda kurang makan makanan yang mengandungi antioksidan dan oxidation seperti vitamin A, C dan E.
ANTIOKSIDAN JUGA ADALAH SUMBER UTAMA PENCEGAH KANSER SELAIN MENDAPATKAN KULIT LICIN.
Makanlah :
- Vitamin A: lobak, bayam
- Vitamin C: buah oren, grapefruit, kiwi, mangga, betik, nanas dan tembikai
- Vitamin E: biji bunga matahari, almond dan avocado
- Minum teh hijau satu hingga dua kali sekali
4) Silika
Satu lagi sumber mineral yang perlu ada untuk membuat kulit anda gembira. Sumber mineral ini sering diambil ringan dan tidak menjadi perhatian.
KEBANYAKAN KES KULIT BERMASALAH, KUKU PECAH, RAMBUT GUGUR, ADALAH BERPUNCA DARIPADA KEKURANGAN SILIKA DALAM BADAN.
Makanlah:
- Kacang hijau
- Alfalfa
- Oats
- Timun
- Cili benggala
- Banyakkan minum air mineral
5) Lemak Antiradang
Bukan semua lemak adalah lemak ‘jahat’ ya.
LEMAK ANTIRADANG INI TERMASUK DALAM LEMAK BAIK DAN BAGUS DIMAKAN OLEH SEMUA PERINGKAT UMUR.
Makanlah:
- Avocado
- Santan kelapa
- Ikan kod, salmon dan talapia
- Sup tulang
Lakukan Ujikaji Ini
Cuba tekan perlahan kulit anda dengan jari. Jika ia tidak melantun semula, maknanya kulit anda kurang kolagen. Jika kulit muka nampak bengkak, maknanya kulit anda menghadapi masalah radang. Jika muka berjerawat, maknanya anda kurang sumber zink.
JADI, BANYAKKAN MAKAN SUMBER MINERAL DAN ANTIOKSIDAN JIKA INGIN DAPATKAN KULIT YANG LICIN DAN BERSERI.
Selamat tinggal kulit yang kusam!
No comments:
Post a Comment