Sunday, July 31, 2016

KENAPA SUSAH NAIK BERAT BADAN??


Ada org yang inginkan berat badan ideal namun agak sukar utk mencapai impian tersebut.Harini admin cuba kongsi skit manatau faktor2 di bawah menjadi penyebab korang susah nak tambah berat badan kan 😉

 Kurang rehat. Terlalu kuat bekerja sampai terlupa nak makan.

Metabolisma terlalu tinggi. Kalori cepat terbakar sehingga tak sempat digunakan untuk badan.

Sistem pencernaan yang kurang baik. Usus kotor menyebabkan zat2 makanan susah nak diserap masuk kedalam badan.

Ketidakseimbangan pengambilan nutrisi. Kekurangan Protein, Karbohidrat Vitamin B, dan sebagainya.

 Kurang minum air kosong.

 Kurang pengambilan jumlah kalori yang mencukupi untuk badan.

Kurang senaman beban. 20% senaman, 80% pemakanan.

Stress dan gangguan emosi.

Sunday, July 24, 2016

NAK BAKAR LEMAK DAN STABILKAN KOLESTROL??



Berikut adalah 6 jenis makanan yang mampu membakar lemak, menstabilkan tahap kolesterol dan meningkatkan metabolisme sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan ‘ekstra’ yang tidak diingini dalam jangkamasa yang cepat.
1. Makan Oat Pada Waktu Sarapan Pagi 
Oat adalah sejenis bijirin, bukan sahaja rasanya yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar. Ia mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.Amat sesuai jika di makan pada waktu pagi sebagai sarapan.
2. Makan Putih Telur Sahaja
Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.
3. Makan Lada Atau Cili Api
Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.
4. Rahsia Buah Anggur
Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Buah ini bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi turut membawa khasiat yang dipanggil ‘pektin’, dikatakan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol seseorang.
5. Pentingkan Masakan Yang Ada Bawang Putih Dan Merah
Bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman serta meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.
6. Minum Teh Hijau
Pengambilan teh hijau secara kerap dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme seseorang dan seterusnya membantu membakar kalori dengan lebih banyak. Amalan minum teh hijau terbukti membantu sepertimana diamalkan oleh orang Cina sejak ratusan tahun dahulu.
SEMOGA BERMANFAAT!

Sunday, July 17, 2016

TIPS MEMBERSIHKAN PARU2 DALAM 3 HARI!



Nak paru2 kekal sihat? try follow tips dibawah :-
 Minum secawan teh herba atau teh cina sebelum tidur utk membuang toksik yg menyebabkan sembelit.
 Perahan lemon atau oren dalam 300ml air sebelum sarapan pagi bagi memperbaiki sistem pernafasan
 Minum 300ml jus lobak merah antara waktu sarapan dan makan tengah hari untuk mengalkali darah selama 3 hari pengambilan jus
 Minum 400ml jus yg kaya dengan potassium ketika waktu makan tengah hari yg memainkan peranan sbg agen pembersihan dan membantu meredakan tekanan darah
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, July 14, 2016

11 Tips Penjagaan Kulit Dan Wajah Untuk Lelaki

Penjagaan kulit merupakan salah satu elemen penting untuk kaum lelaki. Hal ini sering dikaitkan dengan kebersihan dan kesihatan seseorang lelaki itu. Berikut merupakan tips penjagaan kulit dan wajah untuk kaum lelaki

1) Pastikan Kulit Anda bersih

best-face-wash-for-men

Untuk membantu anda mendapatkan kulit wajah yang bersih, anda harus mencuci muka anda pada waktu malam untuk menghilangkan minyak yang berlebihan dan habuk. Ini akan membantu anda dengan mendapatkan wajah yang bersih terutamanya seamsa bercukur dan mengelakkan luka.



2) Skrub Muka

face_scrub_tips

Skrub wajah merupakan cara terbaik untuk mencapai kulit yang berseri. Proses ini menghilangkan sel-sel kulit mati. Kalau kita lihat, struktur kulit wajah lelaki agak kasar berbanding wanita kerana mereka tidak pernah skrub wajah atau badan. Terdapat banyak produk skrub khas untuk lelaki tau. Cari je!



3) Pelembap

Tips-Perawatan-Muka-Untuk-Pria-Agar-Ganteng

Adalah penting untuk melembapkan kulit anda, tetapi pelembap yang berlebihan boleh membawa kepada masalah-masalah kulit, disebabkan oleh liang pori yang tersumbat. Cuba menggunakan pelembap ringan selepas mencukur dan sebelum tidur. Ini membantu untuk mengelakkan kerengsaan kulit dan kulit kering serta menggelupas. Kalau tidak mahu pakai pelembap yang macam perempuan tu, cuba pakai pelembap Johnson & Johnson yang sesuai untuk seluruh badan.



4) Jerawat

istock_000022339352small (1)

Elakkan produk yang boleh mengakibatkan jerawat, mengikuti diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan kulit, mengunyah makanan anda dengan betul dan mengelakkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Juga, minum banyak air.



5) Kulit Kering

man-facial.jpg.image_.784.410

Kulit kering boleh disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu. Minum air, menggunakan pelembapadalah langkah-langkah asas untuk melawan kulit kering. Jika kulit anda kering hingga bersisik, anda harus guna pelembap yang lebih kepada pelembap berubat yang boleh didapati di farmasi.



6) Kulit Berminyak

maxresdefault (7)

Perubahan hormon, tekanan, alam sekitar dan genetik adalah sebab untuk kulit berminyak. Basuh muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan makanan berminyak, elakkan daripada menggunakan sabun yang kuat terutama pada muka dan minum air yang banyak.



7)Blackheads

PORES (1)

Bintik hitam adalah pelopor kepada jerawat kerana ia mengumpul bakteria, sel-sel mati dan minyak. Bintik hitam adalah dicetuskan oleh hormon dan muncul di hidung, dahi dan tulang pipi. Bersihkan kulit dengan kerap dan mengelakkan menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinar matahari. Menggunakan nose strip for blackheads juga bagus untuk menghilangkan bintik hitam.



8) Liang Pori

hqdefault

Lubang dilihat pada kulit dan di sekitar hidung yang dikenali sebagai liang pori terbuka. Adalah penting untuk mengekalkan kebersihan pada kulit untuk mencegah jerawat dan jangkitan kulit. Banyakkan minum air dan kalau rajin sikit, gunakan toner kerana ia membantu mengecilkan liang pori wajah.



9) Kedut

Daily Anti-Aging Care For Men

Lelaki juga boleh mendapatkan kulit yang sempurna dan menghilangkan kedutan. Kedutan adalah paling jelas di dahi, sudut mata dan mulut. Lebih terdedah kepada matahari menyebabkan kedutan, tetapi cukup tidur dengan postur yang betul, mencuci muka baik, diet yang kaya dengan antioksida dan Omega-3 boleh mengurangkan  kedutan.



10) Tips Bercukur

859d43d34a9bbb67aaf0f258a89e365bd76572f9

Adalah penting untuk mencukur arah pertumbuhan rambut kerana dapat mengurangkan gatal-gatal, radang kulit selepas bercukur.



11) Pilih Alat Pencukur Yang Betul

getty-shaving-e1440441752340

Untuk mengelakkan kerengsaan kulit, jangan pakai pencukur yang memberi tekanan pada kulit semasa mencukur. Adalah penting untuk menukar pencukur dengan kerap, untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.

Wednesday, July 13, 2016

8 Makanan Berkesan Buang Toksin Dari Tubuh

Makanan yang masuk ke dalam tubuh kita hari ini tak dinafikan banyak mengandungi bahan kimia. Ditambah pula dengan pencemaran udara dan juga pengambilan ubat-ubatan menyebabkan tubuh penuh dengan toksin atau racun.

Jadi adalah penting untuk kita mengeluarkan semua toksin ini bagi memastikan tubuh sihat dan bebas dari penyakit.

Antara proses yang biasa dilakukan untuk mengeluarkan toksin ini adalah detoks. Paling sinonim dengan kita adalah air detoks terutamanyanya air lemon.

Perlu diketahui detoksifikasi tidak memerlukan proses yang rumit, selain air detoks tadi anda juga boleh melakukannya dengan mengamalkan makanan tepat yang mampu membantu membersihkan racun dan ‘sampah’ di dalam tubuh.



8 MAKANAN BUANG TOKSIN DARI TUBUH

Berikut adalah makanan detoks yang boleh anda amalkan.

1. Avokado

avocado-on-a-wooden-table

Memang harganya akan mahal tapi berbaloi kerana ia kaya antioksidan. Salah satu unsur antioksidan yang terkandung di dalamnya adalah glutathione.

Ia akan membersihkan tubuh dengan cara mengeluarkan unsur yang beracun dari tubuh menjadikan tubuh rasa lebih sihat dan segar.

2. Cranberry

Cranberries2

Buah ini baik untuk mencegah jangkitan saluran kencing dan menyingkirkan racun yang mendap selain bersifat antibakteria.

3. Kubis

image (3)

Menurut Food Fermentation Laboratory, U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service, North Carolina State University, kubis sarat dengan unsur sulfur yang penting untuk membantu menyingkirkan racun dalam makanan dan ubat-ubatan yang masuk ke dalam tubuh.

4. Lemon

lots-of-lemons

Lemon sudah diketahui ramai buah kaya dengan khasiat. Ia mengandungi banyak vitamin C dan antioksidan yang dapat melindungi hati dan membersihkannya dari toksin.

5. Brokoli

Broccoli1

Jika anda tidak suka brokoli, seharusnya anda belajar menyukai sayur ini. Brokoli mempunyai enzim yang dapat membantu  sistem pencernaan tubuh bekerja dengan efisien.

Brokoli mentah adalah yang terbaik kerana  nutrisi di dalamnya masih penuh, belum terjejas akibat proses pemanasan.

6. Bawang Putih

kebaikan-2Bbawang-2Bputih

Seperti kubis, bawang putih juga kaya akan sulfur untuk membersihkan tubuh dari dalam. Bawang putih juga memiliki sifat antibiotik yang membantu memulihkan radang.

Ada banyak kelebihan dari kesihatan jika mengamalkan bawang putih secara teratur. Kini di pasaran sudah ada suplemen bawang putih. Tapi bawang putih segar tetaplah yang terbaik.

7. Limau

limau

Dalam catatan Journal of Agricultural and Food Chemistry tahun 2013, buah limau ini dapat membantu membersihkan sistem pencernaan dan mencegah pembentukan batu ginjal. Ia juga rendah kalori yang baik untuk diet.

8. Biji Bunga Matahari

Manfaat-Biji-Bunga-Matahari-Untuk-Kesehatan

Jika mahu makan jajan, ambil yang ini. Ia menolong proses detoks pada bahagian hati. Selain mencegah penumpukan kolesterol yang membahayakan jantung dan pembuluh darah.

Semua makanan ini terdiri dari sayur dan buah, jadi tak tiada kesan sampingan melainkan ia menambah baik kesihatan anda.

http://www.lelakisihat.com/8-makanan-berkesan-buang-toksin-dari-tubuh/

13 Makanan Tinggi Serat yang Mungkin Anda Tak Tahu

🔰Mungkin ramai yang tahu fungsi serat pada tubuh badan adalah untuk proses pencernaan. Tapi tahukah anda, ada pelbagai lagi fungsi serat ini? Berikut adalah di antaranya:

🍀 Memanjangkan usia: dalam satu kajian pakar pemakanan menunjukkan orang yang mengamalkan pengambilan serat secara konsisten iaitu 38 gram sehari dapat hidup 9 tahun lebih lama berbanding yang tidak mengamalkannya.

🍀 Menurunkan kolestrol: serat larut berperanan penting untuk menurunkan kadar kolestrol jahat yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular.

🍀 Mencegah diabetes: diet berserat tinggi mampu melambatkan penyerapan gula dalam kadar darah yang dapat mencegah diabetes atau kencing manis.

🍀 Mencegah serangan jantung: Kajian yang dilakukan juga menunjukkan pengambilan serat secara kerap boleh mencegah penyakit jantung serta menurunkan kadar darah.

🍀 Menurunkan berat badan: makan serat boleh kurus? Ya. Ini kerana makanan yang mengandungi serat cenderung memberi kesan kenyang dalam tempoh yang lama dan mengelakkan anda makan secara kerap.

🍀 Serat paling banyak ditemui dalam sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirn. Yang paling ramai tahu ialah oat dan juga roti serat.. Tapi mungkin ramai tak tahu ada di antara makanan yang kita ambil dalam seharian lebih tinggi kandungan seratnya.

Contohnya makanan tersebut adalah:

1. Lintel

Jumlah serat: 15.6 gram untuk setiap cawan.

brown_lentil_16x9

2. Kacang hitam

Jumlah serat: 15 gram untuk setiap cawan.

black-beans-main

3. Kacang polong

Jumlah serat: 13.5 untuk setiap cawan, dikukus.

488319122_XS

4. Kacang pis

Jumlah serat: 8.8 gram untuk setiap cawan.

set of vegetable fruits isolated on white background

5. Brokoli

Jumlah serat: 5.1 gram untuk setiap hidangan, direbus.

two-heads-of-broccoli

6. Pucuk Brussel

Jumlah serat: 4.1 gram untuk setiap hidangan, direbus.

close-up of fresh brussels sprout, isolated

7. Rasberi

Jumlah serat: 8 gram untuk setiap hidangan, dimakan mentah.

168999_raspberry_663_498

8. Blackberries

Jumlah serat: 7.6 gram untuk setiap hidangan, dimakan mentah.

Blackberries

9. Avokado

Jumlah serat: 6.7 gram untuk potongan setengah, dimakan mentah.

avocado-on-a-wooden-table

10. Buah pear

Jumlah serat: 5.5 gram untuk sebiji bersaiz medium, dimakan mentah.

Pears

11. Pasta gandum

Jumlah serat: 6.3 untuk setiap hidangan kecil, dimasak.

Pasta

12. Barli yang diawet

Jumlah serat: 6 gram untuk setiap hidangan, dimasak.

pearl-barley-cereal-grain-raw-food-wheat_p



13. Oat

Jumlah serat: 4 gram untuk setiap sudu, dimasak.

http://www.lelakisihat.com/13-makanan-tinggi-serat-yang-mungkin-anda-tak-tahu/

Sunday, July 10, 2016

KHASIAT KOKO YANG PERLU ANDA TAHU


Kaya dgn antioksidan
tinggi jumlah antioksidan flavonoid yg melambatkan proses penuaan
 Lemak yg sihat
mereka yg tinggi kandungan kolestrol dlm badan perlu menggunakan kelebihan yg ada pada kacang koko kerana lemak dalam koko dapat menurunkan kolestrol jahat dan menghalang dari pembentukan gumpalan lemak dalam saluran darah
 Menghilangkan stress
penghasilan hormon serotonin dan dopamine mampu menimbulkan perasaan gembira dan tenang serta menghilangkan stress dalam masa yg sama membaiki mood
 Otak yg cerdas
menguatkan ingatan, menambah konsentrasi dan minda menjadi cerdas
 Memulihkan tenaga
koko meningkatkan daya tahan badan.Mereka yg minum susu koko memiliki daya tahan yg tinggi berbanding yg meminum minuman isotonik
SEMOGA BERMANFAAT! 💪💪💪

Sunday, July 3, 2016

4 TIPS MUDAH HILANGKAN TOKSIK DARI BADAN!



Tidak dinafikan tubuh badan kita mmg terdapat sistem tersendiri untuk menyingkirkan toksik dari badan.Namun, kadangkala kita perlukan inisiatif sendiri untuk mengeluarkan 'racun' tersebut.Dibawah terdapat beberapa cara yg admin kira bermanfaat untuk dilakukan  
1.Buang air secara teratur
Sekiranya anda kerap menahan diri dari ke tandas,semakin byk toksik yg terkumpul dalam badan.Try untuk membuang air samada kecil ataupun besar setiap hari bg melancarkan sistem pencernaan dan sistem metabolisme tubuh badan anda.
2.Pergi ke sauna
Ketika melakukan sauna,peluh yg byk akn keluar dari badan anda secara tidak lansung menyingkirkan toksik dari badan.Namun, selepas selesai perlu minum air kembali bagi menggantikan amaun air yg hilang dari badan.
3.Jangan merokok atau ambil minuman beralkohol
Kedua-dua tabiat ini amat berbahaya kepada tubuh badan yg mana merokok akan mendatangkan byk penyakit kpd anggota tubuh manakala minuman beralkohol akan merosakkan hati.
4.Minum air masak
Dengan meminum air putih anda akan melancarkan proses detox dalam tubuh.Selain itu dapat menyegarkan kulit dan membuat kulit kelihatan segar sentiasa.
SELAMAT MENCUBA!