Wednesday, October 18, 2017

BAHAN SEMULAJADI DALAM KOSMETIK


Produk kosmetik, bukan sahaja merujuk kepada produk alat solek atau pewangi, tetapi turut merangkumi kategori produk yang lebih luas seperti produk penjagaan kulit, gigi, rambut, produk mandian dan sebagainya
Secara umum, produk kosmetik bermaksud sebarang bahan atau sediaan untuk digunakan pada bahagian luaran badan manusia (seperti kulit, rambut, kuku, bibir, bahagian luaran organ genital), atau gigi dan membran mukosa di dalam rongga mulut, dengan tujuan untuk membersih, mewangi, mengubah penampilan, dan/atau menghilangkan bau badan, dan/atau melindungi dan mengekalkan dalam keadaan baik.
Pada era moden ini, hampir semua orang menggunakan produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik seolah-olah menjadi satu kebiasaan dan keperluan dalam kehidupan harian orang ramai yang semakin mementingkan penampilan diri. Selain daripada mengubah penampilan dari segi fizikal, produk kosmetik juga memberi impak dari aspek psikologi seperti meningkatkan keyakinan diri seseorang dan tanggapan seseorang individu terhadap individu lain.
Bahan-bahan yang Terkandung Dalam Produk Kosmetik
Produk kosmetik mengandungi pelbagai bahan yang boleh dikelaskan sebagai bahan semulajadi dan bahan sintetik. Formulasi suatu produk kosmetik boleh terdiri daripada samada campuran bahan sintetik dan bahan semulajadi, bahan-bahan sintetik atau bahan-bahan semulajadi sahaja.
Secara umum, bahan semulajadi merupakan bahan yang berasaskan sumber tumbuhan, haiwan atau mineral tanpa mengalami sebarang proses kimia atau tidak mengandungi sebarang sebatian kimia.
IA BIASANYA DITAMBAH KE DALAM SUATU PRODUK KOSMETIK DAN BERFUNGSI SEBAGAI BAHAN UTAMA DALAM PRODUK TERSEBUT.
Manakala, bahan sintetik pula merupakan bahan yang dihasilkan melalui tindak balas kimia, atau bahan yang berasal daripada sumber semulajadi yang telah diubah secara kimia.
Kawalan Regulatori untuk Penggunaan Bahan Semulajadi dalam Produk Kosmetik
Di Malaysia, semua produk kosmetik perlu bernotifikasi dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum produk kosmetik tersebut boleh dipasarkan. Setiap bahan, samada bahan semulajadi atau sintetik dalam notifikasi produk kosmetik yang dikemukakan kepada NPRA akan disaring secara automatik oleh sistem atau disemak secara lanjut oleh pegawai NPRA.
SECARA UMUM, KEBANYAKAN BAHAN SEMULAJADI ADALAH BEBAS DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK KOSMETIK. TANPA HAD DAN SYARAT.
Contoh bahan semulajadi yang dibenarkan dan sering digunakan dalam produk kosmetik adalah seperti ekstrak lidah buaya (aloe vera), ekstrak panax ginseng, ekstrak tea tree, minyak lavender dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, terdapat juga sebahagian bahan semulajadi yang merupakan bahan terlarang dalam produk kosmetik seperti ekstrak ganja (cannabis), minyak Lippia Citriodora, ekstrak placenta manusia dan sebagainya.
Oleh itu, jika notifikasi produk kosmetik yang dikemukakan kepada NPRA mengandungi bahan-bahan terlarang tersebut, maka notifikasi produk kosmetik akan ditolak dan produk kosmetik tersebut tidak dibenarkan untuk dipasarkan.
Isu-isu Penggunaan Bahan Semulajadi Dalam Produk Kosmetik
  • Isu keselamatan
Kini, penggunaan produk kosmetik yang berunsurkan bahan semulajadi semakin digemari dan popular di kalangan pengguna. Ini adalah kerana ramai pengguna beranggapan atau mempercayai bahawa produk kosmetik sebegini adalah lebih selamat dan kurang atau tiada sebarang kesan sampingan berbanding dengan produk kosmetik yang mengandungi bahan sintetik.
Disebabkan ramai pengguna berfikiran bahawa ‘bahan semulajadi menjamin keselamatan’, maka telah menjadi satu trend pengilang-pengilang produk kosmetik berusaha untuk menggantikan bahan-bahan sintetik dengan bahan-bahan semulajadi dalam penghasilan produk kosmetik bagi memenuhi kehendak pengguna.
Jadi, adakah produk kosmetik yang mengandungi bahan semulajadi lebih selamat dan merupakan pilihan yang lebih baik? Ia tidak semestinya. Bukan semua pengguna sesuai dengan produk kosmetik semulajadi terutamanya pengguna yang berkulit sensitif. Ini adalah kerana terdapat bahan semulajadi seperti minyak pati yang berasaskan tumbuhan mungkin boleh menyebabkan reaksi alahan dan irritasi pada kulit seperti gatal-gatal dan kepedihan terhadap sesetengah individu.
Pendek kata, semua bahan samada bahan-bahan semulajadi atau sintetik ada kebaikan dan keburukannya. Semua produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan tersebut tidak terkecuali daripada penilaian keselamatan ke atas kesihatan manusia secara menyeluruh seperti yang telah ditetapkan dalam keperluan dan peraturan kosmetik di Malaysia bagi memastikan keselamatan produk kosmetik.
  • Isu tuntutan pada label produk kosmetik
Pasaran untuk produk kosmetik yang diformulasikan dengan bahan semulajadi semakin berkembang kerana pengguna sekarang cuba mengelakkan daripada mengguna bahan sintetik yang dianggap boleh memudaratkan kesihatan.
Ini mendorong pihak syarikat dan pengilang mengambil kesempatan untuk mempromosikan produk kosmetik mereka sebagai produk semulajadi. Contoh tuntutan-tuntutan yang sering dibuat pada label produk kosmetik yang berunsurkan bahan semulajadi adalah seperti beikut:
  1. Tidak mengandungi bahan kimia
  2. 100% semulajadi
  3. Tidak mempunyai kesan sampingan
  4. Selamat digunakan
  5. Dijamin selamat
  6. Produk semulajadi
Kebanyakkan tuntutan seperti di atas adalah tidak berasas, tidak tepat dan sering mengelirukan pengguna. Ini semata-mata merupakan suatu taktik pemasaran pihak syarikat dan pengilang untuk menarik minat dan menimbulkan keinginan pengguna untuk membeli produk kosmetik tersebut.
Kebanyakan produk kosmetik yang dilabelkan dengan tuntutan-tuntutan tersebut tidak memenuhi standard dan menggambarkan kualiti sebenar produk tersebut. Sebagai contoh, terdapat produk kosmetik di pasaran yang dilabelkan dengan tuntutan ‘100% semulajadi’, tetapi pada hakikatnya hanya mengandungi peratus bahan semulajadi yang rendah sahaja atau dicampurkan juga dengan bahan sintetik.
Oleh itu, harus diingat bahawa dengan nama atau label suatu produk kosmetik yang dinyatakan sebagai semulajadi tidak semestinya bermaksud semua kandungan bahan di dalam produk kosmetik tersebut adalah terdiri daripada bahan semulajadi atau keselamatan dijamin. Kandungan bahan yang dinyatakan pada label produk kosmetik perlu dibaca dengan teliti atau maklumat pada label perlu dikaji dengan lebih lanjut untuk menentukan kesahihan.
Nasihat kepada Pengguna
Kandungan bahan di dalam produk kosmetik yang berada di pasaran masih dimonopolikan oleh bahan-bahan sintetik. Namun, pengguna diingatkan bahawa bukan semua bahan semulajadi adalah selamat dan berkesan, dan bukan semua bahan sintetik akan mendatangkan kesan yang buruk. Pengguna dinasihatkan supaya bersikap lebih rasional dan prihatin dalam memilih produk kosmetik yang dilabelkan sebagai ‘semulajadi’.
PENGGUNA JUGA DISARANKAN SUPAYA SENTIASA MEMBACA, MENELITI DAN MENILAI MAKLUMAT SEPERTI KANDUNGAN BAHAN, TUNTUTAN DAN AMARAN YANG DINYATAKAN PADA LABEL PRODUK KOSMETIK. \
Ini adalah penting untuk mengenalpasti produk kosmetik tersebut memenuhi pengertian semulajadi yang sepatutnya dan bukan sekadar nama produk sahaja yang bermaksud semulajadi.
Kesesuaian suatu produk kosmetik pada kulit adalah berbeza daripada satu individu dengan individu yang lain. Oleh itu, pengguna harus bijak memilih produk kosmetik yang paling bersesuaian dengan keadaan kulit sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain, testimoni atau informasi yang diiklankan pada media sosial.
NPRA membuat pemantauan secara berterusan ke atas produk kosmetik melalui Program Pengawasan Mutu Produk Kosmetik Bernotifikasi untuk memastikan produk kosmetik bernotifikasi di pasaran mematuhi garis panduan dan peraturan yang ditetapkan.
Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi pihak NPRA melalui emel kosmetik@bpfk.gov.my sekiranya terdapat sebarang keraguan berkenaan dengan keselamatan dan kualiti produk kosmetik, mengalami kesan sampingan atau kesan alahan akibat penggunaan sesuatu produk kosmetik.

https://lelakisihat.com/201721126/

5 SUMBER MINERAL SEMULAJADI UNTUK KULIT SIHAT




“Makin teruk pulak kulit muka aku ni. Jerawat makin banyak naik. Besar-besar pulak tu. Ish geram aja nak cubit-cubit jerawat ni. Macam mana lah nak kurangkan jerawat. Makan berpantang sampai kempunan nak makan sedap. Tak juga berkesan. Sesekali nak juga merasa kulit licin.”
Simptom seperti jerawat,radang kulit, ekzema dan kulit kering adalah tanda kulit anda menghadapi masalah.

Kekurangan Mineral Antara Punca Utama Kulit Bermasalah

Seperti mana pepatah “You are what you eat”, kulit pula digambarkan sebagai“mirror of the gut and mind”.
KEKURANGAN SUMBER MINERAL DAN ANTIOKSIDAN DALAM PEMAKANAN MENYEBABKAN KULIT HILANG SERI DAN KUSAM SECARA TAK LANGSUNG MENUNJUKKAN BAHAWA TERDAPAT MASALAH DALAM BADAN ANDA.
Ini kerana mineral seperti zink, sulfur dan silicamembantu membuang toksin dalam badan dan apabila kekurangan mineral ini maka toksin sukar dibuang.

 5 SUMBER MINERAL UNTUK KULIT SIHAT

Untuk mendapatkan kulit licin berseri dan dalam masa menambah kandungan mineral dalam badan, ini yang perlu anda ambil :-

9d28ddf233b6191292bd9e1c9a6a5a94

1) Zink

Membina kolagen baru dalam badan dan membuang kolagen yang sudah rosak menjadikannnya sumber nutrisi penting untuk mengelakkan daripada kulit berkedut dengan cepat, stretch mark, jerawat, kulit berpigmen, kulit tak sekata dan radang kulit.
Makanlah :-
  • Biji labu, biji bunga matahari dan bijan
  • Kacang seperti gajus, pecan, macadamia dan kacang pine
  • Seaweed
  • Buah kelapa
  • Sayur bayam dan spirulina
Foods-High-in-Sulfur

2) Sulfur

Membantu menyerikan kulit yang sudah kusam agar lebih kelihatan segar dan licin.
SULFUR BOLEH TERDAPAT DALAM SUMBER HAIWAN DAN JUGA TUMBUH-TUMBUHAN.
Makanlah:
  • Sayuran yang padat dengan kandungan nutrisi seperti kale dan selada air
  • Brokoli dan Brussel sprouts
  • Lobak merah
  • Protein seperti ikan salmon
  • Debunga Lebah
Antioxidants-Foods

3) Antioksidan

Kulit akan ‘tua’ dari waktunya jika anda kurang makan makanan yang mengandungi antioksidan dan oxidation seperti vitamin A, C dan E.
ANTIOKSIDAN JUGA ADALAH SUMBER UTAMA PENCEGAH KANSER SELAIN MENDAPATKAN KULIT LICIN.
Makanlah :
  • Vitamin A: lobak, bayam
  • Vitamin C: buah oren, grapefruit, kiwi, mangga, betik, nanas dan tembikai
  • Vitamin E: biji bunga matahari, almond dan avocado
  • Minum teh hijau satu hingga dua kali sekali
794b437ef00797f20282922c503e6e0b

4) Silika

Satu lagi sumber mineral yang perlu ada untuk membuat kulit anda gembira. Sumber mineral ini sering diambil ringan dan tidak menjadi perhatian.
KEBANYAKAN KES KULIT BERMASALAH, KUKU PECAH, RAMBUT GUGUR, ADALAH BERPUNCA DARIPADA KEKURANGAN SILIKA DALAM BADAN.
Makanlah:
  • Kacang hijau
  • Alfalfa
  • Oats
  • Timun
  • Cili benggala
  • Banyakkan minum air mineral
bfb883a4d726da265aadd5d604da7b14

5) Lemak Antiradang

Bukan semua lemak adalah lemak ‘jahat’ ya.
LEMAK ANTIRADANG INI TERMASUK DALAM LEMAK BAIK DAN BAGUS DIMAKAN OLEH SEMUA PERINGKAT UMUR.
Makanlah:
  • Avocado
  • Santan kelapa
  • Ikan kod, salmon dan talapia
  • Sup tulang
Cosmetic skin care for Men – Enhance your looks

Lakukan Ujikaji Ini

Cuba tekan perlahan kulit anda dengan jari. Jika ia tidak melantun semula, maknanya kulit anda kurang kolagen. Jika kulit muka nampak bengkak, maknanya kulit anda menghadapi masalah radang. Jika muka berjerawat, maknanya anda kurang sumber zink.
JADI, BANYAKKAN MAKAN SUMBER MINERAL DAN ANTIOKSIDAN JIKA INGIN DAPATKAN KULIT YANG LICIN DAN BERSERI.
Selamat tinggal kulit yang kusam!

https://lelakisihat.com/20167657/

5 MINUMAN CAIRKAN LEMAK YANG PERLU ANDA TAHU!



Sejak dulu hinggalah zaman sekarang, masalah obesiti atau kegemukan atau lemak berlebihan dalam badan adalah salah satu masalah yang sangat membimbangkan hampir setiap orang. Lemak yang berlebihan dalam tubuh badan merupakan salah satu punca kesihatan tubuh badan semakin menurun dan menyebabkan kita mudah terdedah kepada penyakit.
Lemak yang berlebihan cenderung untuk menyebabkan penyakit seperti obesiti dan masalah jantung. Oleh itu, sedikit sebanyak lemak yang berlebihan pasti membimbangkan tuan punya badan.
Memang ramai dikalangan kita yang mahu mencari cara cepat dan pantas untuk menghilangkan lemak badan berlebihan yang terkumpul.
Walaubagaimanapun, kini anda semua sudah boleh senyum dan tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat dan berkesan untuk kita menyelesaikan masalah lemak berlebihan ini.

Disini kami ingin berkongsi dengan anda satu minuman ajaib dan mujarab yang hanya mengambil masa singkat, cuma beberapa minit sahaja untuk menyiapkannya. Minuman ini terbukti sangat berkesan untuk mencairkan lemak berlebihan di dalam tubuh badan kita :-
  • 8 ½ cawan air yang ditapis
  • 1/2 timun yang dihiris nipis
  • 1/2 lemon yang dihiris nipis
  • 1 sudu teh halia parut (atau sesudu halia organik serbuk akar)
  • 12 helai daun pudina
Langkah-langkah dan cara penyediaan :-
  1. Mula-mula, campurkan semua bahan di atas dan gaulkan sehingga sebati.
  2. Keluarkan kepingan halia, lemon, dan daun pudina terlebih dahulu sebelum tuangkan minuman tersebut ke dalam gelas.
  3. Cadangan adalah supaya anda minum minuman ajaib ini untuk sepanjang hari.
  4. Sekiranya anda tidak dapat menghabiskan minuman itu pada hari yang sama, anda tak perlu risau sebab anda masih boleh simpan dan menyejukkannya selama 2 hari kegunaan.
  5. Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam tempoh masa 4 minggu, sebab ianya adalah selamat dan sangat menghidratkan.
Bagaimana minuman ini berfungsi mencairkan lemak dan mengapa ia begitu berkesan dengan pantas?
Semua bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minuman ini mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila dicampur dan digabungkan. Bahan-bahan ini mampu menghasilkan B.O.M. yang sihat dan kuat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan yang degil.
LEMON
  • Meskipun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila sudah diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaan beralkali.
  • Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik, asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah.
  • Darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) adalah sangat subur untuk sel-sel kanser dan bakteria yang boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang tidak diingini.
TIMUN
  • Timun adalah makanan berkalori rendah, bertindak sebagai diuretic, kaya dengan serat makanan dan membantu menjaga alkali badan
  • Timun juga adalah makanan yang sesuai untuk menurunkan berat badan kita.

ginger isolated on white backgrou

HALIA
  • Menurut kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia, apabila seseorang individu meminum minuman panas dengan halia, mereka akan berasa lebih kenyang dan mampu mengelakkan mereka makan makanan berlebihan.

AIR KOSONG
  • Air merupakan salah satu keperluan tubuh kita, menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, melancarkan penghadaman, meringankan sendi dan otot semasa senaman, dan minum air dengan kuantiti yang banyak dan mencukupi juga boleh membantu kita merasa cepat kenyang dan mengelakkan kita mengambil makanan berlebihan.

PUDINA
  • Pudina membantu untuk menahan selera makan kita. Anda mungkin tidak pernah terfikir sedemikina, tetapi sebenarnya pudina memang membantu sebagai bahan penahan selera dan rasa lapar.
  • Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar atau fresh malah dapat membendung atau mengurangkan rasa ketagihan untuk makan selalu.
Walaubagaimanapun, penjagaan diet makanan sangat penting dalam memastikan berat badan kita sentiasa ideal. Aktiviti senaman juga merupakan elemen penting dalam kehidupan yang sihat.

https://lelakisihat.com/20165340/

6 KHASIAT HERBA TRADISIONAL UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN


Kebanyakan wanita gemar mahu kelihatan cantik secara semulajadi. Disebabkan itu, mereka sering mencari produk-produk yang boleh mengembalikan kecantikan samada untuk wajah, rambut, iras jari, awet muda dan sebagainya. Malah ada yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkan kecantikan yang diingini.
Jangan terkejut kerana kebanyakan produk kecantikan mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan. Di samping itu, ia juga mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada kulit. Persoalannya ialah apakah cara paling mudah dan selamat untuk memiliki kulit cantik dan berseri?
Jawapannya ada di dalam herba-herba tradisional. Walaupun generasi kini kurang peka dengan khasiat herba- herba tradisional, namun ianya telah digunakan sejak dulu lagi. Orang-orang tua dahulu sememangnya menggunakan herba-herba tradisional untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan.
Sebenarnya, khasiat dari herba-herba tradisional seperti halia bara, lengkuas dan buah pala mudah didapati. Ia bukan sahaja digunakan sebagai bahan di dalam masakan tetapi juga dijadikan merupakan bahan asas untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan serta mencegah jangkitan penyakit.
Herba-herba tradisional seperti halia bara, serai, limau purut, lengkuas, dan avokado pula sudah diakui setanding dengan perubatan moden. Berikut disenaraikan 6 khasiat herba yang baik untuk kecantikan dan kesihatan anda.
1. Lengkuas
lengkuas
Lengkuas baik untuk membantu membersihkan darah, mencairkan kahak, melegakan otot dan penting untuk membuatkan badan cergas dan bertenaga.
2. Limau Purut
Limau
Limau purut pula mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu juga, limau purut juga dapat membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa.
3. Serai
Serai
Serai dapat memperbaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh badan. Ia berkesan untuk menurunkan berat badan, membuang lemak, dan memperbaiki salur darah yang rosak serta kembang semasa proses bersalin bagi wanita yang baru melahirkan anak. Ia juga baik untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.
4. Halia
Halia
Ianya bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan.
5. Avokado
Avokado
Menurut kajian yang dilakukan di Wesley Medical Centre, Brisbane, avokado bukan sahaja mengandungi kandungan gula yang rendah tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K. Selain itu ia juga mengandungi antioksidan untuk mengelak daripada penyakit radang sendi. Kandungan asid foliknya pula dapat membantu mengelakkan serangan sakit jantung dan kanser.
Avokado juga bertindak sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyakit lenguh-lenguh tulang.
6. Daun Bidara
Daun Bidara
Daun bidara adalah salah satu herba tradisional yang sudah digunakan sejak zaman berzaman. Ramai yang menggunakannya untuk mendapatkan khasiat daun bidara yang baik untuk kebersihan diri dan pengubatan. Ia bertindak sebagai agen pembersih semulajadi seperti sabun yang boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kulit. Malah ia juga boleh merawat masalah jerawat.
https://lelakisihat.com/20163115/