Bila bercakap mengenai senaman perut secara automatik di kepala kita perut akan rata, perut cantik dan adanya 6 pack. Walaubagaimanapun sejauh mana dan seberapa lama kita perlu membuat senaman perut untuk mendapat hasil yang kita inginkan?
Untuk mendapat hasil yang di inginan didikasi dan konsistensi amatlah di perlukan. Tetapi kali ini saya cuma berkongsi 8 perkara asas yang perlu anda tahu untuk melakukan senaman perut. Ianya bukan jaminan untuk mendapatkan perut yang cantik tetapi artikel ini menerangkan kesan dari senaman asas perut yang di lakukan.
KNEE CRUNCHES
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut.
Dengan cara mengangkat kedua lutut tanpa kerusi ataupun dengan bantuan kerusi dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke atas seperti contoh gambar yang di berikan.
Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan hasil yang paling cepat kelihatan.
Senaman ini berbeza dengan crunches yang biasa yang mana crunches menumpukan bahagian tengah dan atas perut tetapi knee crunches ini hanya menumpukan atas perut sahaja
CROSS CRUNCHES
Senaman yang mengutamakan kekuatan atas perut dan sisi/tepi bahagian perut.
Dengan cara mensilangkan satu kaki pada lutut kaki yang di gunakan sebagai sokongan dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke arah silang kaki tersebut.
Senaman ini hampir sama dengan knee crunches tetapi ada sedikit penambahan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas.
Kategori ini boleh termasuk dalam kategori “Sederhana/Medium” berbanding dengan knee crunches yang boleh di kategorikan sebagai “Mudah/Easy”.
LEG RAISES
Senaman yang mengutamakan kekuatan bawah dan tenga perut.
Pelbagai cara kaedah senaman leg raises ini boleh di lakukan.
Dengan cara kita bergantung dan kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita, dengan cara berbaring kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita sehingga 90 darjah ataupun dengan cara berbaring kemudian mengangkat hanya sebelah kaki sahaja.
BICYCLE CRUNCHES
Senaman yang mengutamakan kekuatan seluruh otot perut.
Cara ini paling berkesan sekiranya anda gemar untuk melakukan senaman perut.
Boleh di kategorikan sebagai “Susah/Hard” kerana memerlukan kekuatan seluruh otot perut.
Pergerakannya hampir sama seperti knee crunches dan cross crunches tetapi di tambah sedikit perubahan yang memerlukan keseluruhan otot perut bahagian atas, bawah dan tepi untuk bekerja.
Umpama anda mengayuh basikal tetapi tanpa basikal di ikuti dengan tempo pergerakan otot bagi memastikan keseluruhan otot bekerja dengan sepatutnya.
Untuk mendapatkan hasil yang maksima anda haruslah melakukannya dengan betul tanpa mengira berapa bilangan reps yang telah anda lakukan.
FLUTTER KICKS
Senaman yang mengutamakan kekuatan seluruh otot perut.
Sekiranya anda ingin mencuba cara yang mudah sebagai permulaan bagi mengerakkan pergerakan keseluruhan otot perut, flutter kicks ini amat sesuai dan boleh di kategorikan sebagai “Mudah/Easy”.
Dengan membangunkan sedikit badan ke atas kemudian angkat kaki seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidaklah perlu laju atau terlalu perlahan, cukup seperti anda berenang sudah memadai.
HEEL TOUCH
Senaman yang mengutamakan kekuatan otot perut bahagian atas dan sisi perut bahagian bawah.
Dengan cara hampir sama dengan crunches tapi pergerakannya hanya ke sisi kiri dan kanan.
Di lakukan dengan berbaring, hujung jari tangan kanan akan menyentuh buku lali kaki kanan dan sebelah kiri pun membuat kaedah yang sama.
Ia amat mudah bagi anda ingin membina otot perut bahagian atas dan juga sisi otot perut bahagian bawah. Kategori ini boleh di kategorikan sebagai “Mudah/Easy”.
Dengan kekerapan anda lakukan ini akan membuatkan sisi otot perut anda akan menjadi kuat.
ELBOW PLANK
Senaman yang mengutamakan kekuatan seluruh otot perut dan juga bahagian pinggang.
Sekiranya anda ingin mencuba cara yang ringkas tetapi kesan yang baik untuk melatih perut dan pinggang, kaedah ini lebih di sarankan.
Seperti bertiarap tetapi badan di bangunkan dan siku sebagai sokongan serta kedudukan badan di luruskan. Tekanan perut akan mula terasa pada 10 saat apabila tekanan graviti makin kuat.
Kategori ini boleh di kategorikan sebagai “Sederhana/Medium”.
Kebanyakkan senaman perut, kategori plank ini lebih di sarankan untuk menguatkkan perut dan pinggang.
Tetapi kaedah ini bukan untuk membentuk otot perut sebenarnya. Ianya hanya membantu dalam pembentukan serta menguatkan otot perut dan pinggang.
SITTING TWIST
Senaman yang mengutamakan kekuatan seluruh otot bahagian sisi perut.
Dengan kedudukan seperti duduk tetapi badan dalam kedudukan 45 darjah.
Pergerakan badan akan di lakukan ke kiri dan ke kanan seperti gambar yang di berikan.
Kategori ini boleh di kategorikan sebagai “Sederhana/Medium”.
Kekerapan anda melakukan senaman sitting twist ini akan menguatkan otot bahagian sisi perut anda.
No comments:
Post a Comment